BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday

#001


Aku duduk disini, di tempat yang membuatkan aku tenang. Tempat yang mempunyai banyak kenangan manis bersama orang yang aku sayang. Di mana tempat ini juga lah yang selalu aku datang dari saat aku masuk ke sekolah menengah. Mencari ketenangan dan siapa diri aku yang sebenar. Mencari erti sebenar kehidupan. Walau berbagai dugaan yang menimpa diri ini, baru kali ini aku terasa betapa indahnya hidup ini sekiranya dihayati dengan sedalam-dalamnya.

Menerima segala nasihat dari dia yang telah aku sayangi. Belum pernah aku merasakan sebegini lega mendengar setiap bait-bait kata yang keluar dari hatinya. Baru aku sedari betapa berharganya diri dan hidup ini sebenarnya. Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup yang telah engkau tetapkan. Kau memberikan aku kehidupan dan kau juga lah yang memberikan aku kesenangan yang aku ada sekarang ini. Kau berkatilah diri dia, insan yang aku sayangi. Telah ku temui insan yang dapat membimbing aku ke jalan mu.

Terima kasih Ya Allah kerana telah menemukan aku dengan dia. Aku berharap, dia lah yang terakhir yang telah engkau tuliskan buat diriku. Kini telah akus edari, setiap yang telah terjadi, ada hikmahnya yang telah engkau tetapkan. Maafkan aku atas kekhilafan diriku terhadap dunia mu. Dia, Tengku Ahmad Farid bin Tengku Zamri akan ku jaga sebaik-baiknya. Aku bersyukur dengan segala yang telah engkau berikan. Kau bukakan lah pintu hatiku untuk menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa ku. Berikanlah aku ketabahan mengharungi trauma yang telah lama aku rasakan. Berikanlah sinar cahaya mu untuk meneruskan hidup di atas dunia mu yang indah dan mempersonakan. Amin.