Wednesday
#021
Di pagi hari yang indah ini, sudah masuk hari ketiga aku menjadi seorang Sales Advisor di salah sebuah syarikat dealer Perodua. Alhamdulillah, akhirnya Allah memurahkan rezeki aku dengan memberikan aku perkerjaan yang sedemikian rupa. Meski tidak ku membuat sebarang coretan semenjak itu, namun masih ku terasa kehangatan hari-hari tersebut.
Dia tiba pada petang itu dan bertemu dengan kami di taman. Meski bukan cuma kami bertiga, namun itu sudah memadai. Setelah 2 minggu aku tidak bertemu dengannya, akhirnya aku dapat menemuinya. Betapa indahnya perasaan yang ku rasakan di saat itu. Berharap masa untuk berhenti seketika lalu akan ku hayati saat itu sedalam-dalamnya.
Dia pulang 2 hari selepas itu. Di pagi hari yang pasti. Aku tidak dapat untuk terus menunggunya sehingga dia bertolak dari rumah tokmie. Tetapi sempat ku menemuinya selepas sahur. Meskipun hanya sementara, dia juga merasakan perkara itu sudah cukup memadai. Dia juga mengingatiku bahawa dia menyayangiku. Sesungguhnya, aku juga begitu mencintainya.
Hari ini, sebentar tadi, aku berbual dengannya. Walaupun kami tidak bersua muka, hanya mendengar suara sahaja, aku terasa begitu bahagia. Mahu sahaja aku memberhentikan waktu agar ia tidak berlalu dan membawa saat-saat bahagia ku pergi. Dia juga mengajak ku untuk bertandang ke rumahnya. Ya Allah, di atas kesabaran ku, ini yang aku terima daripada mu. Terima kasih!
Di saat ini, aku sedang menunggu kelibat dirinya untuk menghubungi ku semula. Dia keluar untuk menghantar adiknya ke tempat yang ingin ditujuinya. Sanggup ku menahan mata ini dari terlelap agar aku dapat menghabiskan masa ku dengannya. Aku begitu bahagia bersamanya, Ku berharap agar selamanya, untuk terus begini.
Posted by ZahirahZulkifflee at 7:55 AM
Friday
#020
Bahagia aku terasa. Dapat melepaskan rinduku terhadap dirinya. Meskipun dengan hanya mendengar suaranya. Pada mulanya, keadaan sangat tegang. Cara percakapannya berbeza dan tidak seperti selalu. Ada sedikit rasa takut di dalam diri ini. Ada juga keadaan menjadi sayu. Apabila beberapa kata-katanya membuatkan aku mengalirkan air mata. Namun cuba ku tahan agar dia tidak mendengar tangisan ku.
Keadaan kembali seperti biasa di saat-saat akhir perbualan aku dengannya. Meski terputus begitu sahaja, namun aku lega. Dan akhirnya aku sedar, aku tidak mampu untuk tidak menghubunginya lagi. Aku tidak mampu untuk menipu diriku sendiri. Di dalam perbualan itu, ada terselit beberapa perkara yang menguatkan lagi niat ku.
Aku tidak mahu lagi membiarkan sahaja diriku diperlakukan sebegitu rupa. Walau telah aku memaafkan mereka, namun tidak lagi aku mempercayai mereka seperti dulu. Akan ku ada di saat mereka perlukan aku, tapi tidak akan aku menadah diri untuk menjadi bahan permainan mereka yang tidak akan ada kesudahannya. Dulu mungkin aku selalu bergantung pada mereka. Tidak lagi mulai hari ini.
Insan yang aku percayai di saat ini hanyalah dia dan sahabat karib ku. Berharap dan pasti, dia dan sahabat ku ini bukanlah seperti mereka dan tidak akan menjadi seperti mereka. Tiba-tiba aku teringat butiran perbualan aku dengannya. Dia meminta agar aku untuk tidak menunggu dirinya dengan nada yang tinggi. Maaf. Tidak dapat ku tunaikan permintaannya itu.
Akan ku tetap menunggu dan menunggu. Masih ingat lagi perjanjian kita? Masih lagi aku teringat sehingga ke harini. Sedang ku menulis coretan ini, dia menghubungi ku. Serta aku sedang ber-Skype dengan sahabat ku! Heee. Entah mengapa, hati ini sangat teruja. Lagi-lagi, dia memberitahu yang dia akan datang dan berbuka bersama kami di sini. Ohh, indahnya bila bersamamuuuu!!! Hahaha.
Saat yang paling masuk air, aku sedang membantu sahabat ku mencari nama-nama logo kereta untuk satu permainan yang sedang dimainkannya. Dia pula menyuruh aku untuk tidur dan harusku tidur kerana dia suruh. Okay, hati ku sangat gembira. Entah mengapa, ku rasa tak menentu! Hahahaha. Night and morning peeps <3.
Posted by ZahirahZulkifflee at 8:01 AM
Thursday
#019
Di saat aku sedang menulis coretan ini, badan ku lemah tidak bermaya. Terasa bahang di seluruh badan ku. Kerana demam yang sedang mendatangi ku. Pada mulanya ku sangka kan kerana cuaca. Kerana mama juga demam sebelum aku. Rupa-rupanya, ini yang dikatakan demam rindu. Mengapa? Sudah berkali-kali dan entah untuk ke berapa kalinya aku memimpikan dirinya.
Di setiap tidur ku, hanya dia. Hingga kan aku menyebut namanya di dalam tidur ku. Juga dengan tidak sengaja aku tersalah sebut namanya setiap kali aku berbicara dengan orang yang lain. Sering kali terbayang dirinya di kala aku sedang termenung. Tangan ku pasti tidak dapat duduk diam kerana mengharapkan call atau SMS dari dirinya. Hebat sungguh penangan rindu ini.
Ingin ku hubunginya dan mendengar suaranya. Mungkin barangkali, dapat mengurangkan rindu yang semakin membara terhadap dirinya. Mungkin kerana setelah apa yang terjadi, aku menganggap aku telah kehilangan dirinya. Kerana aku sendiri yang ingin mengundurkan diri dari hidupnya. Agar dia tidak ditimpa pelbagai lagi masalah pabila dia bersama ku.
Semalam aku menangis. Kerana tidak dapat menahan rasa kesakitan dan panas yang dilanda ku. Entah mengapa, aku memikirkan dia. Mengharapkan dia untuk menghubungi aku. Berharap dia dapat mengurangkan kesakitan yang sedang aku rasakan. Paling tidak, dia menghantarkan SMS. Meskipun cuma sekadar noktah sahaja.
Hari ini, aku menghubunginya. Ingin ku mendengar suaranya. Namun aku matikan telefon ku setelah deringan yang kelima. Kerana aku takut dan tidak tahu untuk berkata apa. Pelik kan aku? Lalu, dia bertanya kan mengapa. Dia meminta aku untuk menghubunginya semula setelah dia bangun dari tidur. Aku menunggu lalu kerana tidak larat, aku tertidur.
Aku terjaga 2 jam selepas dia menghantarkan SMS. Memberitahu ku bahawa dia sudah bangun dari lenanya. Ingin ku hubungi, aku takut. Aku hanya memberitahunya mengapa dan maaf kerana aku kaku dan tidak tahu untuk berkata apa. Aku merinduinya dan tidak pernah aku sebegini rupa. Ini sangat-sangat luar biasa. Tidak pernah aku merasakan perasaan yang begini.
Tidak ku tahu apa harus ku lakukan. Telah ku cuba untuk mendiamkan diri. Telah ku cuba untuk tidak mempedulikan dirinya. Namun, hanya dia yang ku bayang. Hanya dia yang ku sering teringat untuk mendoakan di dalam solat ku. Hanya dia juga yang ku mimpi kan di dalam tidur ku. Serta hanya dia juga yang ku sebut di dalam hari-hari ku.
Posted by ZahirahZulkifflee at 9:12 PM
Wednesday
#018
Telah cuba ku menghindari daripada semua ini kembali terjadi. Tidak mampu ku menahan segala rasa yang sedang dirasai. Aku menangis tiada henti kerana mereka. Mereka hanya tahu melemahkan aku. Aku tidak mampu untuk berdiri tanpa dia dan sahabat karib ku. Hampir sahaja aku kehilangan sahabat karib ku kerana mereka. Telah ku semakin kehilangan dia kerana mereka. Namun, tiada apa yang mampu aku lakukan agar semuanya kembali menjadi normal.
Aku sangat merindui dirinya. Diri ini sedang menahan kepanasan yang teramat kerana demam rindu terhadapnya. Setiap kali aku melelapkan mata ini, hanya dirinya yang terbayang dan bermain di dalam lena ku. Bukan sekali, tetapi tiga kali. Tidak ku pasti mengapa. Namun, yang pasti aku sangat merindui dirinya. Dikatakan sentiasa menyebut namanya di dalam tidur ku. Alamak, ini sudah semakin parah. Di tambah lagi dengan masalah yang sedang melanda.
Setiap apa yang berlaku, akan ku dengan segeranya menghubunginya atau menghantarkan SMS kepadanya. Namun kerana perkara yang telah terjadi, aku tidak mampu untuk berbuat demikian. Berkali-kali aku menekan telefon bimbit ku, namun aku takut. Kerana aku dengan bodohnya mengatakan aku yang akan mengundurkan diri darimya. Ia adalah kerana, aku khuatir. Jika dia yang mengundurkan diri, dia tidak akan kembali lagi.
Aku memerlukan tempat untuk ku mengadu. Yang pasti, Tuhan adalah tempat utama ku. Tetapi aku memerlukan dia dan sahabat karib ku untuk terus berada di sisi ku. Aku tidak memerlukan ex ku atau mereka. Aku cuma memerlukan dia dan sahabat karib ku. Namun adakah dia mengerti itu? Hanya mampu mendiamkan diri untuk entah berapa kalinya. Aku sangat lemah di ketika ini dan sangat-sangat memerlukan mereka. Sanggup juga ku pergi ke sana bertemu dirinya.
Tidak dapat ku berfikir dengan waras di ketika ini. Air mata ku tiada henti mengalir dengan derasnya. Terkenang kembali perbuatan mereka. Diselubungi perasaan bersalah terhadap dirinya. Menyerabutkan diriku yang baru sahaja tenang. Air mata ku tidak dapat ku tahan agar aku mampu tersenyum seperti biasa. Hanya mampu aku membiarkan segala rasa dan perasaan kembali menghantui diriku. Tidak dapat lagi ku berbuat apa-apa.
Posted by ZahirahZulkifflee at 7:10 AM
Tuesday
#017
Bukan ini yang ku harapkan. Bukan ini yang ku impikan. Semuanya menjadi berantakan. Aku hanya mampu mengalirkan air mata yang tidak ku pasti kesudahannya. Tidak ingin semua terjadi seperti ini. Aku, kehilangannya. Kerana perkara yang sama pernah terjadi kepada ku. Dua kelompok yang berbeza, namun satu perbuatan yang sama. Berbeza pada ceritanya. Aku tidak dapat menahan hati ini dari terus berdarah dan berdarah lagi. Apakah malang diriku ini? Apakah aku memang ditakdirkan untuk berseorangan di muka bumi ini? Adakah takdir ku telah tertulis untuk menjadi seperti ini. Apakah yang mereka sebenarnya mahukan dariku?
Ini dugaan yang harus ku terima kerana semakin hari, aku semakin mencintai dirinya. Ini adalah dugaan untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran ku. Sejauh mana kesetiaan cintaku terhadap dirinya. Namun aku masih tidak dapat menerima hakikat bahawa aku semakin hampir kehilangan dirinya. Aku jatuh terduduk di saat aku membaca setiap baris kata-katanya. Meski hatiku lemah dan menangis, aku harus menuruti kemahuannya kerana itu yang dapat menggembirakan hatinya. Aku gembira jika dia gembira. Aku akan menjadi orang yang paling bahagia jika melihat senyuman dan gelak tawanya kerana kegembiraan yang dirasai olehnya.
Maafkan aku kerana telah menganggap dirimu seperti kekasih hatiku. Maafkan aku kerana menimbulkan segala prasangka buruk tentang dirimu. Maafkan aku kerana kau terpaksa mengatakan aku ini adik angkat mu bagi mengelakkan sebarang fitnah tentang dirimu. Maafkan aku kerana telah mengguris hati dan perasaan mu. Maafkan segala kesalahan ku dari yang kecil hingga ke besar. Meski aku tidak mampu untuk mengubah waktu agar semuanya kembali seperti sedia kala, namun akan ku membersihkan nama mu dari segala kata-kata yang tidak menyenangkan dirimu. Akan ku lakukan apa sahaja untukmu. Walaupun keinginan mu untuk aku pergi dari hidup mu.
Posted by ZahirahZulkifflee at 1:14 PM
KU TETAP MENANTI..
Posted by ZahirahZulkifflee at 12:51 PM
#016
Posted by ZahirahZulkifflee at 12:30 PM
#5
Posted by ZahirahZulkifflee at 3:42 AM
#015
Di sini, di bawah kepekatan langit malam, menghayati angin di malam hari. Mencari bintang-bintang yang tidak kelihatan. Memerhatikan suasana di awal pagi hari yang sunyi sepi. Memikirkan beberapa perkara yang bermain di kotak fikiran ku semenjak petang semalam. Cuba untuk tidak memikirkannya namun aku masih tetap tertanya-tanya. Adakah itu benar atau rekaan semata-mata. Aku menyangkakan tidak akan ada lagi sebarang cerita atau kata-kata yang bakal aku dengari setelah aku kembali. Tetapi hatiku masih kuat untuk menghadapi perkara ini. Kerana ianya sekadar kata-kata yang menyakitkan dan tidak mampu melemahkan diriku.
Aku sangkakan ex aku hanya sekadar berkata-kata bagi menyakitkan hati ku. Tetapi setelah aku bertanya dengan lebih mendalam, dia mengatakan mereka yang berkata sedemikian rupa. Mereka itu adalah mereka yang sering dan rapat dengan diri dia, insan yang aku cintai. Tidak dapat ku memastikan sama ada ianya memang benar atau kata-kata bagi menjauhkan aku dan dirinya. Apakah benar dia tidak tahan dengan diriku lalu pulang ke halaman tanpa berkata apa-apa? Jika benar semua itu, mengapa dia tidak berterus-terang kepada ku? Mengapa membiarkan aku menyangka dia tidak mempunyai perasaan yang sedemikian rupa terhadap ku. Mengapa?
Ingin ku bertanya kan sendiri terhadap dirinya buat kali kedua. Kerana ini adalah kali kedua ex ku berkata sedemikian rupa. Namun yang pertama kalinya dia tidak mengatakan mengapa dia berkata seperti itu. Dan kali ini, dia memberitahu aku mengapa. Serta menceritakan apa yang telah dikatakan oleh mereka mengenai perasaan dirinya terhadap diriku. Jika itu adalah benar, aku pasrah. Aku tidak mampu berbuat apa-apa. Aku serahkan segalanya kepada Tuhan yang maha esa untuk menentukan segala yang telah ditakdirkan oleh Nya. Aku hanya mampu merelakan dirinya bahagia dengan pilihan dirinya sendiri. Akan ku mendoakan dirinya jika hanya itu yang terbaik buat diriku dan dirinya.
Meski aku cinta. Meski aku rindu. Meski aku sayang. Meski aku berharap. Meski aku lemah dengan ketiadaan dirinya, akan ku cuba untuk tabah demi dirinya. Akan ku cuba untuk tersenyum ikhlas agar dia tidak merasa kasihan dan simpati terhadap diriku. Akan ku cuba menerima hakikat bahawa aku dan dirinya bukan yang tertulis di luh mahfuz. Akan ku ikhlaskan pemergian dirinya dari hatiku. Dan akan aku rela melepaskan dirinya agar dia bebas tanpa merasakan perasaan yang telah aku simpankan buat dirinya. Jika itu yang terbaik. Jika itu yang seharusnya. Hanya mampu aku ucapkan terima kasih kerana telah ada bersama ku di saat aku memerlukan dia.
Posted by ZahirahZulkifflee at 2:40 AM
Sunday
#014
Sudah pasti coretan kali ini adalah mengenainya. Sudah pasti coretan ini mengisahkan tentang aku dan dirinya. Namun sudah pasti jua, ianya adalah mengenai perasaan ku terhadap dirinya hari demi hari. Boleh ku kata kan perasaan ini kian membara. Boleh juga ku kata kan perasaan ini kadang kala ku batas kan. Boleh juga ku kata kan, aku yang memilih dirinya dan menetapkan perasaan ku hanya untuk dirinya. Suka, sayang dan cinta adalah tiga perkara yang berbeza. Jika ku ditanya mana satu kah perasaan ku untuk dirinya, akan ku kata kan ketiga-tiganya, Mengapa? Kerana ketiga-tiganya adalah untuk dirinya.
Aku suka dia kerana dia adalah dirinya. Aku sayangkan dia kerana dia telah berjaya menambat hati ku dengan keperibadiannya. Aku cintakan dia kerana dia mampu membahagiakan aku. Namun jika ditanya dengan lebih mendalam mengapa dirinya, tidak akan mampu ku memberikan sebarang jawapan. Kerana cinta adalah sebuah perasaan yang diberikan oleh tuhan untuk setiap umatnya. Cinta adalah sesuatu yang indah. Cinta diibaratkan pelengkap hidup setiap insan di muka bumi ini. Apa yang pasti, cinta ku untuk dirinya adalah tulus, ikhlas dan sesuatu yang belum pernah aku rasakan sebelum ini.
Kadang kala hati ini sering bertanya, adakah dia gembira bersama ku atau dia terpaksa melayan diriku? Telah banyak perkara yang telah berlaku, telah banyak buah mulut yang terjadi dan telah banyak juga kesalah fahaman yang terjadi disebabkan aku mempunyai perasaan sedemikian rupa terhadap dirinya. Atau adakah aku yang sering memikirkan perkara yang negatif tentang dirinya? Dia tidak pernah berkata apa kepada ku. Tidak pernah dia mengatakan bahagia bersama ku, tidak pernah dia mengatakan dia rimas bersama ku. Dia sering meninggalkan aku tanda tanya di setiap layanannya terhadap diriku.
Dia juga ada mengatakan yang dia menyayangi ku, dan mampu menjaga ku. Tetapi tidak boleh mencintaiku. Tidak ku simpan ia dalam hati kerana aku bersyukur dia masih mampu menyayangi diriku. Cuma aku yang masih tidak mengerti layanannya terhadap diriku. Adakah sebagai seorang adik, teman, teman baik, teman tapi mesra atau seseorang yang teristimewa? Maaf jika aku terlalu berfikiran yang melampaui jangkaan. Tetapi harus ku coret kan kerana aku tidak mahu ianya terus tersimpan di dalam hati ku yang tidak pernah mempunyai ketetapan emosi. Emosi yang bakal mengawal diriku di saat aku tidak dapat mengawalnya.
Sering ku tertanya-tanya setelah dia pulang ke rumahnya. Apakah yang sedang dilakukannya. Apakah dia sihat-sihat sahaja. Apakah dia sudah makan dan minum. Adakah dia memenuhi hari-harinya dengan perkara-perkara yang menggembirakan dirinya. Adakah dia sedang mempunyai masalah. Adakah dia sedang stres. Adakah dia merindui diriku seperti mana aku merindui dirinya. Adakah dia telah berjumpa dengan yang lain. Dan adakah dia telah dimiliki insan yang dapat dicintainya. Aku tahu, aku terlalu banyak berfikir. Aku cuma risaukan dirinya. Aku hanya mampu mendoakan dirinya di sana.
Di pagi hari ini, aku memulakan hari ku dengan diri ku yang baru. Berharap agar semuanya bergerak dengan lancar. Mengikuti arus perjalanan hidup ku sehingga ke akhir hayat ku. Akan ku penuhi hati ini dengan ketenangan dan ketabahan dalam mengharungi hidup sebagai hambaNya di muka bumi ini. Hidup lah aku kerana Nya dan mati lah aku kerana Nya. Amin ya robbal a'lamin.
Posted by ZahirahZulkifflee at 8:55 AM
Saturday
#013
Di pagi hari, selesai sudah bersahur. Hati ku sedang berbunga-bunga. Kerana di temani dia dan sahabat karib ku yang telah hampir 13 tahun aku mengenalinya. Merasa begitu gembira kerana walaupun cuma bertiga, sudah begitu memadai. Mereka lah insan yang begitu memahami diri ini. Terima kasih Tuhan kerana engkau telah menemukan mereka dengan ku. Aku begitu bersyukur kerana mereka sentiasa berada di sisi ku. Sungguh aku menyayangi mereka dan akan aku jaga hati mereka sehingga ke akhir ku. Insha Allah, akan ku sentiasa berada untuk mereka di saat mereka memerlukan diri ku ini.
Bermulanya kisah ku di hari ini. Di mana, ayat-ayatnya membuat aku diam dan sedikit kecewa. Namun, aku tetap gembira kerana dia menyayangi ku. Meski bukan cinta buat ku. Kadang-kala, ada juga ku terbayang seandainya aku memiliki dirinya. Sudah pasti aku lah insan yang paling gembira di muka bumi ini. Itu sekadar mimpi. Kerana tidak ku memiliki dirinya. Juga, aku masih bahagia mencintainya dan dia menyayangi ku. Aku berharap dan terus berdoa agar dia sentiasa di samping ku, menemani ku mengharungi liku-liku hidup ku, menjadi yang pertama yang melihat diri ku kembali bersinar seperti dahulu kala.
Sayang, andainya kau mengerti perasaan ku ini, jangan lah kau ambil dan bawa pergi kebahagiaan yang sedang aku rasai. Biarlah kan aku terus merasa begini kerana tidak mahu ku kembali ke dunia hitam ku. Seandainya kau merasa rimas, lemas dan tidak mampu untuk menerima perasaan ku ini, bunuh lah diri ku agar ia pergi dan tidak akan kembali menghantui diri mu. Hanya satu permintaan dari ku. Biarlah aku ikhlas mencintai diri mu dan biarlah aku sendiri yang berhenti mengharapkan mu. Jangan lah engkau memaksa ku untuk berhenti berbuat seperti itu kerana akan ku sakit dan layu di hanyut perasaan yang bakal membelenggu.
Tidak ku meminta peluang bersamamu. Tidak ku minta untuk jadi yang teristimewa dalam dirimu. Tidak juga ku memaksa kau menerima cinta ku. Akan ku bukti kan pada mu bahawa aku serius dan benar-benar mencintai mu. Akan ku pastikan aku tidak dimiliki insan lain selain dirimu. Akan jua ku bukti kan kata-kata ku adalah benar. Tetapi, jangan lah kau menerima ku kerana kau melihat aku seperti memerlukan seseorang di dalam hidup ku. Terima lah aku kerana aku dan juga kerana kau telah mencintai diriku. Kerana aku tidak ingin memiliki jasad mu. Aku ingin memiliki hati mu dan kau ikhlas memberikannya pada ku.
Posted by ZahirahZulkifflee at 6:02 AM
Friday
DALAM DIAM AKU MENCINTAIMU..
Posted by ZahirahZulkifflee at 3:50 AM
#012
Sedang lena di buai mimpi. Entah mengapa kau hadir di dalam lena ku. Aku terjaga. Mungkin kerana aku terfikirkan mu sebelum aku tidur. Lalu aku kembali beradu. Sekali lagi, engkau hadir dengan senyuman. Tidak ku mengerti. Barang kali, kerana aku terlalu merindui dirimu. Aku lena kan kembali diri ku. Buat kali ketiganya, kau datang dan memberikan aku kucupan. Terus ku terjaga. Dan tidak mampu ku untuk kembali merehatkan mata ku. Kerana tiga kali kau hadir di dalam tidur ku. Tidak ku mengerti. Adakah itu tandanya aku bakal kehilangan mu buat selama-lamanya? Adakah itu petanda bahawa diriku tidak lagi diperlukan oleh mu?
Mungkin benar, bahawa aku terlalu merindui dirimu. Tidak dapat ku nafikan perkara itu. Namun aku hanya mampu menyemaikan ia jauh ke dalam hati. Kerana aku tidak mahu dia merasakan aku terlalu mendesak untuk bersamanya. Kerana itu bukan yang sebenarnya. Aku cuma mahu dia bahagia walau bukan bersama ku. Sesungguhnya, kerana aku begitu menyayanginya, aku mampu melalukan semua itu. Jika dia bukan ditakdirkan untuk ku, maka aku redha menerimanya. Aku merelakan diriku untuk melepaskan dia pergi dari hati ku. Menghilangkan dirinya yang sentiasa berada di dalam hati ku. Memberi ruang buat insan yang akan ditakdirkan untuk ku.
Ku cuba menghubungi mu. Namun tidak terjawab. Tidak ku berasa hampa. Namun ku berasa lega. Kerana aku juga sebenarnya tidak tahu hendak berkata apa sekiranya dia menjawab panggilan ku. Walau hati ku ada sedikit rasa kecewa kerana tidak dapat mendengar suaranya, tidak ku simpan ia dalam hati. Akan ku sentiasa mendoakan dirinya agar dia berasa tenang, selamat dan dilindungi oleh Nya di sana. Biar jauh beribu batu, tidak menghalang ku untuk terus mendoakan dirinnya dan kebahagiaannya. Ku berharap, dapat ku kesana untuk menemui dirinya meski pun hanya untuk seketika. Ku berharap pada sesuatu yang tak pasti.
Posted by ZahirahZulkifflee at 2:29 AM
Thursday
TETAP MENANTIMU..
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Posted by ZahirahZulkifflee at 9:56 PM
#011
Posted by ZahirahZulkifflee at 8:32 PM
Wednesday
#010
Mendengar sesuatu yang tidak ku sangka akan ku dengari. Mengejutkan aku yang sudah hampir dapat melupakan resah di hati. Menambahkan lagi kesedihan yang sudah ada di dalam diri ini. Melemahkan aku buat seketika yang sedang cuba bangun dan berdiri kembali. Tidak pernah ku menyangka itu yang akan ku terima di saat aku sedang meratapi kesedihan berseorangan di sini. Menangis lagi hati ini. Meronta lagi jiwa ini. Bagai ombak yang bergelora ketika pasangnya. Terpaksa lagi memaksa hati ini agar bertenang kembali. Sabar lah hati. Menahan perih. Ini lah yang telah pun ditakdirkan oleh Nya.
Telah aku sedari, sememangnya aku tidak layak mendampingi dirinya. Seperti kata yang telah tertulis, "Cinta tak harus memiliki". Namun aku akan turut bahagia jikalau dia bahagia. Meskipun bukan bersama ku. Telah ku terimanya sebagai teman sejati ku. Telah mampu ku bersenyum sekiranya itu yang tertulis. Telah mampu ku mendoakan kebahagiaannya sekiranya dia bukan lah jodoh ku. Telah mampu juga aku menahan diri ini sekiranya dia telah mempunyai insan yang lain. Percaya lah pada ku. Kerana itu lah hakikat yang belum diketahuinya.
Menerima panggilan dari sahabat yang sekian lama tidak ku temui. Melegakan hati yang di saat itu sedang menjerit kesakitan. Dia memberikan aku kata-kata yang mengingatkan aku kepada diri aku yang sebenar. Membawa aku kembali ke zaman di mana aku lebih mengenali diri ini. Terima kasih Mohd Firdaus. Aku sudah mampu tersenyum kembali di ketika ini. Tidak pasti senyuman ini akan bertahan untuk berapa lama. Tetapi yang pasti, aku mampu menulis coretan ini dengan hati yang tenang sambil meluahkan apa yang terbuku di dalam hati ku. Melepaskan rasa amarah dan kecewa yang sedang bertanam di hati ini.
Aku, masih belum melelapkan mata ini. Meskipun mata ini meminta itu ditutup, namun aku gagah membukanya kerana aku tidak mahu masalah yang melanda ku bawa ke dalam mimpi. Kerana ianya akan menambahkan lagi rasa perih di hati. Matahari telah terbit menandakan hari menjelang siang. Namun masih lagi aku menulis coretan yang tidak ada kesudahannya. Pintu dibuka menghirup udara yang segar di pagi hari. Hendak ku berdiri menikmati keindahan di pagi hari. Namun ku takut kerana ia tinggi dan aku bakal jatuh ke bumi. Hanya mampu membiarkan angin mendayu-dayu di saat pintu ku dikuak dengan luasnya.
Pada mulanya, ku sangka semua berubah. Namun masih ada perkara yang belum lagi berubah. Meski hati ini gembira kerana perkara itu masih ada, aku masih belum boleh bergembira. Kerana belum tentu perkara itu kekal selama mana yang aku mahu. Aku yang sunyi. Dan akan terus sunyi. Menanti bila masanya tiba. Memang ku ingin kau memandang ku dengan mata hati mu. Namun, biarlah. Hanya masa yang dapat menentukan semua itu. Tidak akan ku meminta apa-apa. Hanya aku biarkan kau yang menentukan.
Seharusnya aku meluahkan apa yang aku rasa di saat ini. Tetapi tidak dapat aku kata kan kerana aku menerima SMS daripadanya. Tidak dapat aku cerita kan kerana menerima panggilan daripada sahabat yang telah lama tidak ku temui. Tidak dapat ku coret kan kerana perasaan gembira sedang menguasai diri ini. Apa yang mampu aku coret kan hanya lah serpihan-serpihan atau sisa-sisa yang tertinggal dan tidak dapat ditutupi sepenuhnya oleh perasaan gembira ku. Aku mampu tersenyum. Dan aku sedang tersenyum. Sambil mengingati dirinya yang mungkin sedang lena dibuai mimpi. Aku gembira namun masih lagi sakit menahan perih.
Sebelum aku mengakhiri coretan ku di pagi hari, ingin ku kata kan bahawa aku akan tetap menantinya. Meskipun aku tidak mungkin dapat memilikinya. Kerana dengan perasaan ini, aku mampu kembali tenang dan berdiri dengan gagahnya menghadapi liku-liku hidup. Meski aku bukan yang telah tertulis untuknya, namun akan ku terus berada di sisinya di saat dia memerlukan aku. Akan ku terus mendampinginya di saat dia memerlukan seseorang untuk mendampinginya. Namun, aku juga akan pergi sekiranya itu kemahuannya. Akan jua ku hilang di pandangannya sekiranya aku tidak diperlukan lagi di sisinya. Walau sebagai teman yang menghiasi harinya.
Posted by ZahirahZulkifflee at 8:22 AM
#009
Masih ku ingat lagi kata-kata mu. Dengan tiba-tiba ianya kembali membuatkan aku berfikir. Adakah ianya sekadar kata-kata yang tidak bermaksud apa-apa?
Posted by ZahirahZulkifflee at 2:20 AM
Tuesday
#4
Posted by ZahirahZulkifflee at 10:47 PM
#008
Menyangka akan tenang saat di sini. Menyangka akan hilang keserabutan
di dalam diri. Menyangka akan pergi kesangsian di dalam hati. Malangya
aku silap. Bahkan lebih perih hati ini. Lebih sakit berbanding hari yang
sebelumnya. Lari lah aku ke pelusuk dunia sekali pun, masih tetap ianya
menghantui diri ku. Walau ku ketepikan ia, namun ia masih kembali duduk
di kotak fikiran ku. Berlari aku pergi meninggalkan semua itu. Namun ia
tetap mengekori ku ke mana sahaja aku pergi. Bahagia terasa bila
bersama. Tetapi itu semua hanya sementara.
Aku membuka
kan mata, setelah lama menutup mata bagi merehatkan diri. Mendengar
bunyi handphone ku menandakan ada SMS yang masuk. Membaca setiap baris
kata-kata yang di ucapkan oleh dia. Meski ku tidak mengerti apa yang
cuba di katakan olehnya, namun aku terima dengan seadanya. Keinginannya
agar aku tidak berkata lagi apa-apa tentang dirinya. Aku agak hairan
dengan permintaannya. Kerana tiada satu pun yang aku tuliskan namanya.
Aku terus membalas tanpa bertanya. Kerana itu lah kemahuannya. Tidak
mahu aku keruh kan lagi keadaan yang telah pun menjadi keruh.
Di
sisi ku yang lain, memikirkan mereka yang pernah ada dengan ku. Yang
selalu ada di saat senang ku. Tapi di manakah mereka di saat susah ku?
Di saat aku memerlukan mereka untuk membantu ku kembali ke jalan Nya?
Apakah benar kata-kata yang telah ku ucapkan. Bahawa mereka cuma teman
saat bersuka-ria dan bukan teman saat berduka-lara? Apakah mungkin aku
yang tersilap kerana aku terlalu mempercayai mereka, dan menyangka
mereka lah yang akan menjadi sahabat dunia akhirat ku? Hanya Nya yang
mampu memberikan aku petunjuk di dalam situasi yang sungguh melemahkan
diri ku ini.
Puas ku toleh ke kiri dan kanan. Puas juga
ku toleh ke belakang dan hadapan. Telah juga ku renung ke atas dan ke
bawah. Namun, tidak ada satu pun yang melegakan aku. Yang ada cuma
memeningkan ku. Tidak aku mengerti mengapa ini semua harus terjadi.
Tidak aku mengerti apa mahu mereka. Tidak juga ku fahami apa keinginan
mereka. Adakah mereka ingin ku pergi untuk selamanya agar mereka merasa
tenang bersama kehidupan mereka tanpa diri ku? Bukan niat ku ini semua
terjadi. Bukan mahu ku ini semua terungkap. Bukan juga keinginan ku
untuk menjadi bebanan buat mereka. Namun, aku cuba tabah menghadapinya.
Jujur aku katakan, diri ku ini tidak kuat menghadapi semua ini.
Telah banyak air mata ku mengalir bagi melegakan diri ku. Sehingga tidak
ada lagi air mata ku yang tinggal untuk ku melegakan diri untuk yang
kedua kali nya. Hanya mampu ku berserah kepada Nya. Dan aku pasrah
menghadapi ujian Nya. Menulis coretan ini di saat hati ku hiba mengenang
mereka yang jauh di mata, dekat di hati. Memikirkan dirinya yang
tiba-tiba menghantar SMS sedemikian rupa. Yang pada mulanya aku
menyangka tidak ada apa-apa, bertukar menjadi ada apa-apa. Adakah aku
harus bertanya bagi memperbetulkannya atau terus mendiamkan diri tanpa
melakukan apa-apa?
Tidak ku sampai hati untuk pergi meninggalkan mereka. Tidak ku
sampai hati untuk pergi selamanya. Namun masih kah ada ruang untuk aku
terus bersama mereka? Persoalan ini tidak akan timbul sekiranya aku
tidak mengambil peduli. Namun, mereka telah bersama ku bukan untuk
sehari atau dua. Tetapi telah bertahun lamanya. Setiap manusia pasti
akan berubah. Begitu juga aku. Tetapi tidak ku menyangka perubahan itu
menuju ke arah yang sedemikian rupa. Hingga aku sendiri tidak pasti sama
ada ianya benar atau mainan semata-mata. Telah ku berdoa agar di
permudahkan perjalanan hidup ku agar di beri cahaya oleh Nya.
Ku akhir coretan ini yang baru sahaja memulakan episod baru
kehidupan lara ku dengan kehampaan dan sesalan. Tidak pernah ku sesal
dengan apa yang terjadi. Namun ku hampa ini semua terjadi. Belum pernah
aku merasa sakit sebegini. Mungkin ini lah yang di katakan permulaan
alam dewasa, di mana akan lebih banyak dan berat dugaan yang bakal aku
tempuhi. Buat dia, seandainya kau membaca coretan ku ini, maafkan lah.
Ini semua bukan kemahuan ku. Tapi takdir yang telah menentukan. Everything went wrong. But i'll try to fix it. With my way or your way.
Posted by ZahirahZulkifflee at 10:18 PM
#007
Kesedihan melanda diri ini. Disaat aku menyangka mereka sedang membantu ku. Kesilapan ku kerana terlalu mempercayai mereka. Mereka menghina ku. Bukan membawa ku ke jalan yang aku impikan. Kebodohan aku melakukan sesuatu tanpa berfikir. Kegilaan aku membawa hati yang lara dengan membohongi mereka. Memberi aku sedikit ruang untuk menghirup oksigen yang tulen. Kerana baru ku sedari, selama ini ku menghirup oksigen buatan mereka yang membuatkan aku lebih perih menghadapi semua ini.
Aku menyangka, si dia mengerti akan diri ini. Malangnya, aku tersilap. Maafkan aku kerana bersikap sedemikian rupa. Aku tidak mampu menjadi diri aku di kalangan mereka. Jika hanya kau dan aku, kau akan lebih mengenali diri ini. Sesungguhnya aku seorang hipokrit. Lain di saat bersama mu, lain tatkala bersama mereka. Bukan sengaja ku menjadi sebegitu. Kepura-puraan yang aku mulakan hanya untuk mereka nampak keceriaan aku ketika bersama bergelak-tawa. Maaf jika itu membuatkan mu merasa sungguh rimas dan terseksa. Bukan niat ku atau mahu ku. Cuma ku ingin kan diri ini untuk dikenali dengan sedalam-dalamnya.
Ingin ku nyatakan di sini, aku bukan lah diri aku yang sebenar di saat ini. Hanya ada seorang yang mengenali aku yang tahu kelibat ku dan kelakuan aku yang sebenar. Aku memerlukan masa untuk kembali menjadi diri aku. Di mana, diri itu lah yang disenangi ramai dan di ingati sepanjang masa. Bukan niat mahu memuji diri sendiri, tetapi itu lah kebenaran. Seandainya sahaja dia membaca coretan ku ini, pasti dia akan lebih memahami mengapa aku sedemikian rupa.
Persoalan yang timbul di ketika ini. Di sangka mengejar-ngejar dia yang telah mula aku sayangi. Maafkan aku. Kerana sikap keanak-anakkan ku, kau dan mereka menyangka aku terus mengejar-ngejar mu. Biar aku perbetulkannya di sini. Telah ku terima dirinya dan keputusannya seadanya. Telah ku tahan hati ini untuk tidak memaksanya. Bahkan perasaan ku ini ku tanam agar dapat berbunga di saat dia memberikan ku kesempatan walau perkara itu belum pasti dan kemungkinan tidak akan terjadi. Atau adakah mungkin dia inginkan aku pergi dari kehidupannya agar dia merasa lebih tenang?
Seandainya itu kemahuan mu, katakan lah kepada ku. Meski perkara itu membunuh ku namun ia tidak sesakit kau berpura-pura menyenangi diriku. Mampu ku terima segala tomahan dan cacian dari diri mu. Mampu ku merasa kata-kata yang umpama pisau menikam hatiku yang baru sembuh kerana luka yang lama. Tetapi tidak mampu ku tahan perih hati di saat kau berpura-pura hanya kerana simpati dan mengasihani aku. Salah aku terlalu berharap. Namun itu keputusan ku.
Pernah kau katakan kepada ku berikan mu masa. Kerana itu yang kau mahu. Dan kerana itu aku masih menanti. Keinginan ku untuk terus menanti dan menanti. Aku tidak berharap untuk memiliki mu atas dasar kepentingan ku. Tapi aku ingin memiliki mu kerana kau ikhlas memberikan aku hati mu. Akan ku hentikan pengharapan ku ini jika kau telah dimiliki oleh insan yang telah kau pilih. Akan ku terima dengan hati yang terbuka kerana aku bahagia jika kau bahagia.
Akhir kata yang aku pasti bukan pengakhiran. Ianya permulaan atas segala kesalah fahaman. Sebulan kita bersama, sebulan kau memerhatikan aku, sebulan kau melayan kerenah ku. Seharusnya kau tahu aku sering berubah-ubah watak. tidak ada yang kekal. Kadang-kala sedih, bahkan ceria, tiba-tiba duka, datang gila, mula hyper, bertukar sebak, terus menyendiri, diam membisu, berfikir tentang kepura-puraan, dan terus menjadi hipokrit. Cuba pula kau bandingkan di saat kita berdua, cara percakapan ku, cara pandangan ku, cara pemberian ku. Dapatkah kau mengerti atau kau masih dengan pendapat yang sama?
Sekali lagi, maafkan aku. Jika keinginan mu untuk aku pergi, akan ku pergi membawa diri. Aku bukanlah yang terbaik untuk dirimu. Aku bukanlah insan yang sempurna untuk kau sayangi. Aku bukanlah yang tercantik untuk kau selalu tatapi. Aku bukanlah selembut seperti yang kau idamkan. Dan aku bukanlah yang bakal membuatkan kau bahagia. Kerana bukan diriku yang di pilih oleh mu. Aku redha dengan segala ketentuan-Nya. Last word, I'm really appreciate you guys. I love you guys but yet, I need to go. For everybody sake and happiness.
Posted by ZahirahZulkifflee at 1:51 AM
Monday
CINTA SEJATI..
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu, di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'Selamat Pagi', 'Selamat Hari Minggu', 'Selamat Tidur', 'Take Care', dan lain-lain lagi. Walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tutur padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah laun, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. Dan jauh di hatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh di mata, jauh di hati'?
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajari mu sesuatu maka ia akan dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih meyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kau merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
Posted by ZahirahZulkifflee at 6:33 AM
#006
Posted by ZahirahZulkifflee at 6:04 AM
Sunday
#005
Sorry for everything. You are the best thing that had happened in my life. For all the pain i'd cause you. For all the trouble i'd made. For all the misunderstanding that had happened between us. For all the happy moment i'd took away from you. For all the gossip that made you uncomfortable. I'm truly sorry. Deep from my heart. Hate me if you want. Leave me if you had to. But please, don't ever forget everything that we had for a month. Tried to make you happy. But yet, i'd failed. Never thought that everything gonna turn out this way. I'm quite miserable right now. Couldn't think straight. Again. Forgive me.
Posted by ZahirahZulkifflee at 12:46 AM
Friday
#004
Aku, di depan rumah tokmi dan tokbah. Dia, telah memulakan perjalanannya pulang ke Kelantan. Air mata ku tahan agar tidak jatuh berguguran di hadapannya. Kini dia tiada, aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku ingin bertemu lagi dengannya. Sanggup juga ku pergi menemuinya di sana. Ku mula rindukan dakapannya. Ku mula rindu sentuhannya. Alangkah indahnya jika dia berada dekat di mata ku. Namun, aku dan dia jauh di mata, dekat di hati. Baru sahaja dia pergi, tetapi hati ini sudah mula merindui dirinya. Tengku Ahmad Farid, kau telah mencuri hatiku. Kau berjaya menambat hatiku sehingga aku kaku dan terpana melihat dirimu. Sayang, akan ku jaga hati mu sepenuh hati ku.
You'll always be my baby. Iloveyoulah sayang. For today, tomorrow and forever. Take my hand and close your eyes. Let all the pain walk away. Let just be me and you. Together and forever. Trust me dear, i do sincere loving you..
Posted by ZahirahZulkifflee at 8:30 AM
#003
Aku, di atas batu. Bersama si dia, Apek dan Nad. Mencari ketenangan di pagi hari. Tinggal lagi beberapa jam sebelum dia pulang ke rumah. Kami, berkongsi cerita. Suka dan duka. Bergelak tawa mengharungi pagi yang indah ini. Ditemani cahaya lampu di sekeliling serta angin yang sepoi-sepoi bahasa. Aku, sedang cuba merelakan diri melepaskan dia pegi. Yang aku pasti, akan ku temuinya lagi. Aku, tidak melihat sebarang cincin yang di pakai di jari-jemarinya. Tertanya-tanya adakah dia merasa rimas bersama ku. Atau mungkin dia hanya menganggapku teman biasa. Aku takut dengan apa yang ku rasakan ini benar. Hujan sudah mula turun, walau hanya sekadar gerimis. Melambangkan perasaan ku mengikuti arus cuaca yang tidak menentu.
Aku, duduk disini bersama mereka-mereka yang baru sahaja tiba. Along, Munir, Yuki, Zofran, Aying dan Eyfa mula bersuara dengan gembiranya tanpa menyangka aku sedang mula menghampiri dilema. Cuba ku untuk menghampirinya namun dia seakan cuba mengelakkan diri. Adakah aku hanya merimaskan dirinya? Adakah aku membuatnya rasa tidak selesa? Maafkan aku seandainya perasaan ku ini hanya mengganggu hidup mu. Telah ku cuba menepis perasaan ini. Namun perasaan ini kian membara. Hanya mampu berdiamkan diri dan berpura-pura segalanya tidak ada apa-apa. Namun, mampu kah aku untuk memendam perasaan ini sehingga ke hujung nyawa?
Aku masih menunggu dan tetap menunggu sehingga dia dimiliki. Hanya coretan yamg mampu aku berikan di saat aku masih mengharapkan sesuatu yang belum pasti..
Posted by ZahirahZulkifflee at 4:00 AM
Thursday
#002
Aku disini. Di rumah tokmi dan tokbah. Duduk berseorangan bertemankan hitz fm yang sedang memainkan lagu Just Give Me A Reason by Pink. Berserta remote astro, segelas air oren, ash tray, tisu gulung, beg aku yang berwarna merah dan bantal. Aku bersandar menghadap Nad, Ayong dan Munir yang sedang lena di ulit mimpi. Manakala Farid, Aying dan Along di dalam bilik sedang dibuai mimpi indah yang tidak dapat mereka tangkis. Timbul rasa kesedihan di hati apabila mengenangkan Farid akan pulang ke rumahnya esok hari. Sudar hampir sebulan Farid disini namun terasa baru semalam dia tiba disini.
Meskipun hati ini berat untuk melepaskan dia pergi, namun ku harus rela. Dia mempunyai keluarga di sana manakala aku disini. Walau ada perasaan risau dia akan melupakan aku, namun aku percaya dia bukan seperti itu. Aku akan tetap menunggu sehingga dia dan hatinya di miliki insan yang telah dia pilih. Aku memerlukan dia untuk terus berada bersama ku. Walau nanti akan ku berjauhan dengannya, namun aku percaya kalau jodoh, tak kemana.
Aku sayang padanya. Mungkin cinta yang telah aku rasakan untuknya. Belum pernah ku rasa perasaan yang sebegini tulus untuk dirinya. Seandainya dia membaca coretan ku ini, maka mengertilah. Bahawasanya, hanya dia yang mampu dan aku mahu. Tiada yang lain. Akan ku simpan kenangan ku bersamanya disini sebagai kenangan manis bersama. Sentuhan bibirnya yang lembut mencairkan aku. Sentuhan jari-jemarinya yang hangat, melegakan diriku. Pelukannya membuatkan aku berasa selamat dan tenang di dalam dakapannya.
Dia yang sudah serik bercinta, membataskan niat ku untuk menjadi kekasih hatinya. Namun itu tidak melemahkan diriku untuk tetap gagah dan setia menunggu dirinya. Tengku Ahmad Farid, percayalah padaku ini. Bahawa aku tulus menyayangimu. Hanya kamu, tiada yang lain. Sambutlah tanganku dan bawa aku pergi menjadi milik mu yang sah. Insyallah. Amin, Ya Robbal A'lamin.
Posted by ZahirahZulkifflee at 9:35 AM

















