BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday

#021


Di pagi hari yang indah ini, sudah masuk hari ketiga aku menjadi seorang Sales Advisor di salah sebuah syarikat dealer Perodua. Alhamdulillah, akhirnya Allah memurahkan rezeki aku dengan memberikan aku perkerjaan yang sedemikian rupa. Meski tidak ku membuat sebarang coretan semenjak itu, namun masih ku terasa kehangatan hari-hari tersebut.

Dia tiba pada petang itu dan bertemu dengan kami di taman. Meski bukan cuma kami bertiga, namun itu sudah memadai. Setelah 2 minggu aku tidak bertemu dengannya, akhirnya aku dapat menemuinya. Betapa indahnya perasaan yang ku rasakan di saat itu. Berharap masa untuk berhenti seketika lalu akan ku hayati saat itu sedalam-dalamnya.

Dia pulang 2 hari selepas itu. Di pagi hari yang pasti. Aku tidak dapat untuk terus menunggunya sehingga dia bertolak dari rumah tokmie. Tetapi sempat ku menemuinya selepas sahur. Meskipun hanya sementara, dia juga merasakan perkara itu sudah cukup memadai. Dia juga mengingatiku bahawa dia menyayangiku. Sesungguhnya, aku juga begitu mencintainya.

Hari ini, sebentar tadi, aku berbual dengannya. Walaupun kami tidak bersua muka, hanya mendengar suara sahaja, aku terasa begitu bahagia. Mahu sahaja aku memberhentikan waktu agar ia tidak berlalu dan membawa saat-saat bahagia ku pergi. Dia juga mengajak ku untuk bertandang ke rumahnya. Ya Allah, di atas kesabaran ku, ini yang aku terima daripada mu. Terima kasih!

Di saat ini, aku sedang menunggu kelibat dirinya untuk menghubungi ku semula. Dia keluar untuk menghantar adiknya ke tempat yang ingin ditujuinya. Sanggup ku menahan mata ini dari terlelap agar aku dapat menghabiskan masa ku dengannya. Aku begitu bahagia bersamanya, Ku berharap agar selamanya, untuk terus begini.