BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday

#3

Aku cuba untuk mengatakan
Hanya dirimu yang ku cinta
Di saat kembalinya dia
Aku terdiam terus membisu

Tiada lain hanya kamu
Yang aku cinta dan takkan pudar
Dia merayu dan mengharapkan mu
Membuat aku kembali berputar

Pantaskah aku memiliki mu
Atau dia yang menawan mu
Masihkah aku di hati mu
Mungkin dia lebih bererti bagimu

Berlari aku cuba meninggalkan mu
Berlari aku cuba melupakan mu
Pergi aku menghapus air mata ku
Pergi aku mendoa kesejahteraan mu


Without melody. dalam progress. belum di-edit. original lyrics :)

#2

Kadangkala aku terfikir
Adakah ini suratan yang ditakdirkan
Kau datang di saat aku keresahan
Membawakan ku erti kebahagiaan

Setiap saat hanya kamu
Hati berdebar tak menentu
Menanti dan terus menanti
Hati bergetar tak keruan

Kembalinya dia menagih cinta mu
Melumpuhkan untuk terus bersama mu
Kembalinya dia mengharapkan mu
Membuat lidah terus terkelu

Dia atau aku yang kau pilih
Dia atau aku yang kau cinta
Ku terima dengan seadanya
Bahagia lah aku jika kau bahagia

Hanya kau yang punya jawapan
Hanya kau yang berhak meminta
Hanya kau yang mampu menentukan
Hanya kau yang punya penyelesaian



Masih dalam progress. belum ada sesiapa yang tahu. without melody. Insyaallah, kalau sempat, tahun ni siap :)

Wednesday

UNDER PROGRESS..

Actually, since February lagi dah start fikir the melody. tapi tu lah. still in the progress. dekat sini, aku akan selit kan liriknya okay? Once lagu dah ada, dah di rekodkan, aku akan upload okay? by the way, lagu ni bukan aku buat sorang je. dengan seorang kawan yang begitu memahami diri ini, Hafizuddin :)


Dengarkan kasih aku berbicara
Tentang apa yang ku rasa
Tentang cinta kita
Walaupun cuma sementara

Kau hadir membawa cahaya
Yang menyuluh kelam dunia
Tapi kini kau memilih dia
Meninggalkan ku tanda tanya

C/o
Ku sangka mudah untuk melupakan kamu
Ku sangka akan hilang kau di pandanganku
Tapi kini kau hadir
Menginginkan ku

Sayang maafkan aku bukan ku tak mahu
Sayang maafkan aku bukan ku tak rindu
Tapi aku tak sanggup menangis kerana mu
Maafkan ku percuma kau merayu

Takkan ku pulang ke pangkuanmu
Pergilah kasih
Pergilah sayang
Pergi kau pergi dari hidup ku


Sorry if lirik dia macam terlampau jiwang or terlampau mendayu. this is the final lirik and hope dah tak ada perubahan lagi lah. well, have fun waiting. mungkin tak seberapa tapi harap berjaya. lagu yang akan direka bukan bertujuan nak famous ke apa. tapi untuk suka-suka. orang kata, kita boleh luahkan perasaan melalui lagu kalau susah nak luahkan secara lisan kan? heee. wish us the best :)

Tuesday

#1


Look up to the sky
Wondering if you miss me like I do
Never felt this lonely before
Since the day I've met you
With your beauty and kindness
I fell for you for the first time

Nobody cares who am I
What am I doing
What am i thinking
How much its hurt
How long it would be
And how am I doing

Slowly time passed by
Counting on the minute and second
Waiting for your call or text
Or your name appear on my phone
With name and <3 in the end

It's the time when I should reveal
All my feelings and words that i keep
But how should I?
There's no you but only your picture
Should I wait a little more?

Time goes by so slowly
But yet, you aren't here
Because I love you so much
I'll patiently
Wait for you
Even it takes a thousand year