BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday

UNDER PROGRESS..

Actually, since February lagi dah start fikir the melody. tapi tu lah. still in the progress. dekat sini, aku akan selit kan liriknya okay? Once lagu dah ada, dah di rekodkan, aku akan upload okay? by the way, lagu ni bukan aku buat sorang je. dengan seorang kawan yang begitu memahami diri ini, Hafizuddin :)


Dengarkan kasih aku berbicara
Tentang apa yang ku rasa
Tentang cinta kita
Walaupun cuma sementara

Kau hadir membawa cahaya
Yang menyuluh kelam dunia
Tapi kini kau memilih dia
Meninggalkan ku tanda tanya

C/o
Ku sangka mudah untuk melupakan kamu
Ku sangka akan hilang kau di pandanganku
Tapi kini kau hadir
Menginginkan ku

Sayang maafkan aku bukan ku tak mahu
Sayang maafkan aku bukan ku tak rindu
Tapi aku tak sanggup menangis kerana mu
Maafkan ku percuma kau merayu

Takkan ku pulang ke pangkuanmu
Pergilah kasih
Pergilah sayang
Pergi kau pergi dari hidup ku


Sorry if lirik dia macam terlampau jiwang or terlampau mendayu. this is the final lirik and hope dah tak ada perubahan lagi lah. well, have fun waiting. mungkin tak seberapa tapi harap berjaya. lagu yang akan direka bukan bertujuan nak famous ke apa. tapi untuk suka-suka. orang kata, kita boleh luahkan perasaan melalui lagu kalau susah nak luahkan secara lisan kan? heee. wish us the best :)