BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday

#027


Coretan ku kali ini adalah coretan yang aku sendiri tidak pasti apa isi kandungannya. Kerana di saat dan ketika ini, aku memendam 1001 macam jenis perasaan, perkataan, serta perkara yang aku sendiri tidak pasti kesahihannya. Mungkin ianya masih lg berkenaan orang yang sama, orang yang aku sendiri tahu, tidak mungkin aku dapat bersamanya.

Setelah sekian lama, mungkin juga sudah setahun aku tidak berjumpa dengannya. Dan telah aku dapat menemuinya disaat aku datang kerumahnya untuk beraya. Ya Allah, betapa aku merinduinya. Namun tidak dapat aku meluahkan rasa rindu kerana tiada kesempatan untuk berbuat sedemikian rupa. Aku hanya mampu berpura-pura seakan-akan aku tidak apa-apa disaat itu.

Tapi aku juga mengerti bahawa hubungan kami hanya sekadar sahabat, yang tidak mungkin akan menjadi lebih atau ke arah yang aku impikan. Akan aku jaga perhubungan ini agar dapat berkekalan sampai bila-bila. Kerana, aku masih menyayanginya.

TAF<3

#026


Setelah sekian lama aku mendiamkan diri, kini aku kembali membuat coretan disini. Bermacam-macam dugaan yang ku lalui. Bermacam ragam manusia yang aku temui. Namun, tidak sanggup lagi untuk aku terus berdiam dan memendam segala yang terbuku dihati. Ingin aku menangis sekuat hati, ingin aku lari ke hujung dunia agar tiada apa yang boleh menjatuhkan aku. Namun, semua itu hanya sekadar keinginan yang tidak kesampaian. Kerana aku, masih disini dan akan terus disini. Melewati hari-hari yang mendatang.

Kerinduan aku kepada arwah, teramat lah dalam. Tetapi aku tahu, jika aku rindukannya, aku boleh melawatnya di mana dia berada. Aku bagaikan hilang di dalam dunia yang fana ini. Seakan-akan tidak mengenali diri aku yang sekarang. Mencari kebahagian disebalik kedukaan. Aku sunyi, aku buntu, aku bingung. Insan yang selalu bersama aku telah kembali menghadap Ilahi. Yang masih diberikan peluang untuk meneruskan hidupnya pula hilang entah kemana.

Aku rindu. Rindu segalanya tentang dia. Bukan aku mengharapkan kisah kami menjadi kisah yang terindah. Tetapi aku masih menanti jawapan yang tak kunjung tiba. Adakah aku masih mampu untuk bertahan? Kerana penantian itu adalah satu penyiksaan. Air mata ini tidak mampu untuk mengalir. Tidak mampu juga untuk terus bertahan. Tapi apa yang mampu aku lakukan? Hanya berdiam diri sampai akhirnya aku sendiri yang terseksa. Seandainya aku dapat kembali seperti dahulu.

Namun yang lepas, biarkan ia berlalu. Aku tidak mampu, malah tidak mempunyai kuasa untuk berpatah balik ke masa silam. Aku harus terus menuju kehadapan tanpa menoleh kebelakang. Hati ini sesak dan pedih kerana aku harus untuk terus berpura-pura sehingga aku menjadi biasa dengan kepuraan yang aku masih lakukan diketika ini. Salahkah aku kerana berperasaan seperti ini? Salahkah aku kerana menjadi insan yang kuat dimata dunia tapi lemah disebaliknya? 

Seandainya kau ada, pasti aku mampu untuk terus bertahan..

AAA<3

#025


Coretan ku hari ini bukan mengenai dia. Coretan ku hari ini adalah mengenai insan yang telah bersama ku hampir 13 tahun. Coretan ku hari ini juga adalah mengenai insan yang pernah mewarnai hidup ku. Bukan niat ku atau mahu ku semua menjadi sebegini. Hanya aku yang terlalu mementingkan diri sendiri dengan mengabaikan perasaan insan yang lain. Kerana aku tidak lah sesempurna yang di harapkan. Maafkan aku. Tanpa aku, ini semua pasti tidak akan terjadi.

Dalam kegembiraan ku, ada juga kedukaan ku. Dalam tawa ku, ada juga tangisan yang disembunyikan. Dalam senyum ku, ada juga kesedihan yang dirahsiakan. Walau ada keburukannya, tetap aku pandang pada kebaikannya. Aku menerima mereka dengan seadanya. Tanpa memikirkan keburukkan atau kelemahan yang ada pada diri mereka. Salah kah aku kerana tidak memikirkan akan perkara itu? Salah kah aku untuk ikhlas menerima mereka dengan seadanya?

Mereka tidak mengerti apa yang sedang aku lalui. Apa yang mereka nampak, hanya lah kesalahan aku. Mereka tidak mengerti apa yang aku rasakan. Apa yang mereka tahu, aku gembira menjalani hidup yang penuh dengan dugaan yang diberikan oleh Nya. Aku menyangka, dia lah sahabat susah senang bersama. Namun, aku silap. Aku tidak memiliki sebarang sahabat yang bakal bersama ku disaat suka dan duka. Tidak ada walau hanya seorang sahaja.

Aku berubah menjadi diri ku yang baru. Namun perubahan diriku tidak diterima oleh dia. Sejujurnya aku merindui kami yang dahulu. Tetapi, aku yang dikatakan telah berubah dan juga yang menjadi punca semua ini terjadi. Kini aku menyedari, semua permasalahan datangnya dari aku. Sekiranya mereka tidak mengenali ku, pasti tidak akan ada perkara yang sebegini rupa. Kalau dah memang tertulis bahawa aku bukan yang terbaik untuk mereka, maka harus ku terima.

Salah aku kerana tersalah melepaskan ayat yang bakal mengundang kemarahan insan yang pernah merwarnai hidup ku. Meski aku dengan dia hanya lah sahabat, namun aku masih peduli akan dirinya. Masih lagi aku ingin menjaga hati dan perasaannya. Tetapi apa kan daya, hanya sepatah kata, telah mengubah segalanya. Ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Maafkan aku. Bukan ini yang ku harapkan bakal terjadi. Aku tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

Aku diperkatakan sebagai seseorang yang tidak pandai menghargai. Aku juga diperkatakan telah berubah. Aku juga lah yang diperkatakan menjadi punca. Adakah memang aku yang membawa masalah di dalam hidup mereka? Aku tidak seharusnya muncul di kehidupan mereka. Kini aku sedar, jalan yang terbaik adalah aku pergi dari kehidupan mereka. Seandainya coretan ku ini dibaca oleh mereka, maafkan aku. Aku tidak mampu menjadi yang terbaik dan sesempurna yang diharapkan. Semoga Allah merahmati dan melindungi mereka..