Tuesday
#026
Setelah sekian lama aku mendiamkan diri, kini aku kembali membuat coretan disini. Bermacam-macam dugaan yang ku lalui. Bermacam ragam manusia yang aku temui. Namun, tidak sanggup lagi untuk aku terus berdiam dan memendam segala yang terbuku dihati. Ingin aku menangis sekuat hati, ingin aku lari ke hujung dunia agar tiada apa yang boleh menjatuhkan aku. Namun, semua itu hanya sekadar keinginan yang tidak kesampaian. Kerana aku, masih disini dan akan terus disini. Melewati hari-hari yang mendatang.
Kerinduan aku kepada arwah, teramat lah dalam. Tetapi aku tahu, jika aku rindukannya, aku boleh melawatnya di mana dia berada. Aku bagaikan hilang di dalam dunia yang fana ini. Seakan-akan tidak mengenali diri aku yang sekarang. Mencari kebahagian disebalik kedukaan. Aku sunyi, aku buntu, aku bingung. Insan yang selalu bersama aku telah kembali menghadap Ilahi. Yang masih diberikan peluang untuk meneruskan hidupnya pula hilang entah kemana.
Aku rindu. Rindu segalanya tentang dia. Bukan aku mengharapkan kisah kami menjadi kisah yang terindah. Tetapi aku masih menanti jawapan yang tak kunjung tiba. Adakah aku masih mampu untuk bertahan? Kerana penantian itu adalah satu penyiksaan. Air mata ini tidak mampu untuk mengalir. Tidak mampu juga untuk terus bertahan. Tapi apa yang mampu aku lakukan? Hanya berdiam diri sampai akhirnya aku sendiri yang terseksa. Seandainya aku dapat kembali seperti dahulu.
Namun yang lepas, biarkan ia berlalu. Aku tidak mampu, malah tidak mempunyai kuasa untuk berpatah balik ke masa silam. Aku harus terus menuju kehadapan tanpa menoleh kebelakang. Hati ini sesak dan pedih kerana aku harus untuk terus berpura-pura sehingga aku menjadi biasa dengan kepuraan yang aku masih lakukan diketika ini. Salahkah aku kerana berperasaan seperti ini? Salahkah aku kerana menjadi insan yang kuat dimata dunia tapi lemah disebaliknya?
Seandainya kau ada, pasti aku mampu untuk terus bertahan..
AAA<3
Posted by ZahirahZulkifflee at 11:26 PM



