BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday

#025


Coretan ku hari ini bukan mengenai dia. Coretan ku hari ini adalah mengenai insan yang telah bersama ku hampir 13 tahun. Coretan ku hari ini juga adalah mengenai insan yang pernah mewarnai hidup ku. Bukan niat ku atau mahu ku semua menjadi sebegini. Hanya aku yang terlalu mementingkan diri sendiri dengan mengabaikan perasaan insan yang lain. Kerana aku tidak lah sesempurna yang di harapkan. Maafkan aku. Tanpa aku, ini semua pasti tidak akan terjadi.

Dalam kegembiraan ku, ada juga kedukaan ku. Dalam tawa ku, ada juga tangisan yang disembunyikan. Dalam senyum ku, ada juga kesedihan yang dirahsiakan. Walau ada keburukannya, tetap aku pandang pada kebaikannya. Aku menerima mereka dengan seadanya. Tanpa memikirkan keburukkan atau kelemahan yang ada pada diri mereka. Salah kah aku kerana tidak memikirkan akan perkara itu? Salah kah aku untuk ikhlas menerima mereka dengan seadanya?

Mereka tidak mengerti apa yang sedang aku lalui. Apa yang mereka nampak, hanya lah kesalahan aku. Mereka tidak mengerti apa yang aku rasakan. Apa yang mereka tahu, aku gembira menjalani hidup yang penuh dengan dugaan yang diberikan oleh Nya. Aku menyangka, dia lah sahabat susah senang bersama. Namun, aku silap. Aku tidak memiliki sebarang sahabat yang bakal bersama ku disaat suka dan duka. Tidak ada walau hanya seorang sahaja.

Aku berubah menjadi diri ku yang baru. Namun perubahan diriku tidak diterima oleh dia. Sejujurnya aku merindui kami yang dahulu. Tetapi, aku yang dikatakan telah berubah dan juga yang menjadi punca semua ini terjadi. Kini aku menyedari, semua permasalahan datangnya dari aku. Sekiranya mereka tidak mengenali ku, pasti tidak akan ada perkara yang sebegini rupa. Kalau dah memang tertulis bahawa aku bukan yang terbaik untuk mereka, maka harus ku terima.

Salah aku kerana tersalah melepaskan ayat yang bakal mengundang kemarahan insan yang pernah merwarnai hidup ku. Meski aku dengan dia hanya lah sahabat, namun aku masih peduli akan dirinya. Masih lagi aku ingin menjaga hati dan perasaannya. Tetapi apa kan daya, hanya sepatah kata, telah mengubah segalanya. Ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Maafkan aku. Bukan ini yang ku harapkan bakal terjadi. Aku tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

Aku diperkatakan sebagai seseorang yang tidak pandai menghargai. Aku juga diperkatakan telah berubah. Aku juga lah yang diperkatakan menjadi punca. Adakah memang aku yang membawa masalah di dalam hidup mereka? Aku tidak seharusnya muncul di kehidupan mereka. Kini aku sedar, jalan yang terbaik adalah aku pergi dari kehidupan mereka. Seandainya coretan ku ini dibaca oleh mereka, maafkan aku. Aku tidak mampu menjadi yang terbaik dan sesempurna yang diharapkan. Semoga Allah merahmati dan melindungi mereka..