Tuesday
#024
Aku di dalam bas, dalam perjalanan pulang dari Kelantan menuju ke Shah Alam. Hari-hari yang ku lalui begitu indah di sini. Dan hari ini adalah hari terakhir yang meninggalkan kenangan manis antara aku dan dia.
Meskipun tidak banyak masa yang dapat diluangkan berdua, namun aku begitu bahagia. Entah mengapa aku tidak dapat mengawal diri aku di hadapannya. Aku seperti keanak-anakan yang baru mendapat permainan kesukaannya.
Pada mulanya, kami singgah di kedai Burger Bakar KB. Dia memesan Hot Beef with Cheese dan Teh O Ais. Aku seperti biasa hanya memesan air Teh O Ais. Begitu gembira aku melihat dia menjamah makanannya.
Setelah itu, dia membawa aku makan malam bersama keluarganya di sebuah Western Food Restaurant di Tanjong Mas. Aku begitu segan kerana itulah pertama kali aku berseorangan bersama keluarganya. Hati aku berdegup laju serta lidah aku kelu tidak mampu untuk berkata apa-apa.
Selesai sudah, dia dan adiknya menghantar aku ke Pantai Timur di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa. Di mana, di situ lah aku akan menaiki bas yang sedang aku naiki ketika ini. Dalam perjalanan, sempat jua aku memegang tangannya yang hangat. Membuat aku merasa berat untuk melepaskan pegangan aku. Aku di suruh untuk membeli sesuatu di situ. Lalu, aku hanya jalan berseorangan meninggalkan mereka.
Aku tau, seharusnya aku menggunakan masa yang tinggal untuk bersama mereka. Namun, aku hampir mengalirkan air mata kerana tidak dapat aku menerima hakikat bahawa hanya sampai di sini sahaja pertemuan aku dan dirinya. Meski ia bukan yang terakhir kalinya, tetapi entah bila tidak ku pasti.
Ingin sahaja aku mengikutinya pulang. Tetapi apakan daya, tempat ku bukan di sini. Malah, aku bukan siapa-siapa baginya. Mana mungkin aku boleh bersamanya sepanjang masa. Aku sempat mengucup pipinya. Kerana hanya itu yang mampu aku lakukan di saat itu.
Hati ku berat untuk meninggalkan dia. Namun harus ku relajab, Walaupun hanya dua kali dapat ku bertemu dengannya, sedikit sebanyak telah mengubati rindu ku terhadapnya. Akan jua ku merindui dirinya selalu. Juga, semakin bertambah rasa cinta ku terhadap dirinya.
Hold your breathe because today will be the day that I will fall for you over again. Don't make me change my mind. I won't live to see another day, I swear it's true. Because a guy like you is impossible to find..
TAF<3
Posted by ZahirahZulkifflee at 9:51 PM



