BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday

#023

Setelah sekian lama tidak bertemu, akhirnya hari ini dapat jua aku menemui dirinya. Betapa rindunya aku terhadap dirinya. Aku datang ke rumahnya untuk beraya. Rumahnya jauh meleset dari jangkaan ku. Kerana aku tidak menyangka rumahnya sebegitu rupa.


Ingin sahaja aku memeluk dirinya. Namun, tidak aku berani untuk melakukannya. Aku gembira dapat melihat senyumannya. Dia telah memotong rambutnya. Meskipun sebegitu, dia masih kelihatan sama seperti dahulu di mata ku.

Tidak dapat ku lupakan kata-katanya. Mungkin itu cuma gurauan baginya, tetapi tidak bagi aku. Namun, tidak aku mengambil serius tentang perkara itu. Aku bahagia setelah menemui dirinya. Raut wajahnya, senyumannya dan segala-galanya mengenainya adalah kebahagiaan aku.

Aku menyangka, selama dia mendiamkan diri dia telah melupakan aku. Aku begitu sedih dan muram tatkala itu. Hampir setiap malam aku memimpikan dirinya. Sehingga ada hari di mana aku dilanda demam rindu terhadapnya. Aku juga ada menyangka dia telah mempunyai yang lain.

Di ketika aku sedang berdua dengannya, ada mesej yang diterima olehnya. Dia sengaja atau tidak, aku tidak pasti. Sama ada dia malas mahu membalas atau sekadar menjaga hatiku, tidak ku tahu. Tapi yang pasti, nama itu merupakan pesaing aku. Dan kebarangkalian, dia telah menambat hati insan yang aku sayangi ini.

Tidak ku pasti kisah antara aku dan dirinya semakin berakhir atau baru sahaja bermula. Namun yang pasti, hati ku hanya untuk dirinya. Bukan yang lain. Ya Allah, kau yang maha tahu, kau yang maha menentukan. Aku redha dengan segala ketentuan mu.