BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday

#020


Bahagia aku terasa. Dapat melepaskan rinduku terhadap dirinya. Meskipun dengan hanya mendengar suaranya. Pada mulanya, keadaan sangat tegang. Cara percakapannya berbeza dan tidak seperti selalu. Ada sedikit rasa takut di dalam diri ini. Ada juga keadaan menjadi sayu. Apabila beberapa kata-katanya membuatkan aku mengalirkan air mata. Namun cuba ku tahan agar dia tidak mendengar tangisan ku.

Keadaan kembali seperti biasa di saat-saat akhir perbualan aku dengannya. Meski terputus begitu sahaja, namun aku lega. Dan akhirnya aku sedar, aku tidak mampu untuk tidak menghubunginya lagi. Aku tidak mampu untuk menipu diriku sendiri. Di dalam perbualan itu, ada terselit beberapa perkara yang menguatkan lagi niat ku.

Aku tidak mahu lagi membiarkan sahaja diriku diperlakukan sebegitu rupa. Walau telah aku memaafkan mereka, namun tidak lagi aku mempercayai mereka seperti dulu. Akan ku ada di saat mereka perlukan aku, tapi tidak akan aku menadah diri untuk menjadi bahan permainan mereka yang tidak akan ada kesudahannya. Dulu mungkin aku selalu bergantung pada mereka. Tidak lagi mulai hari ini.

Insan yang aku percayai di saat ini hanyalah dia dan sahabat karib ku. Berharap dan pasti, dia dan sahabat ku ini bukanlah seperti mereka dan tidak akan menjadi seperti mereka. Tiba-tiba aku teringat butiran perbualan aku dengannya. Dia meminta agar aku untuk tidak menunggu dirinya dengan nada yang tinggi. Maaf. Tidak dapat ku tunaikan permintaannya itu.

Akan ku tetap menunggu dan menunggu. Masih ingat lagi perjanjian kita? Masih lagi aku teringat sehingga ke harini. Sedang ku menulis coretan ini, dia menghubungi ku. Serta aku sedang ber-Skype dengan sahabat ku! Heee. Entah mengapa, hati ini sangat teruja. Lagi-lagi, dia memberitahu yang dia akan datang dan berbuka bersama kami di sini. Ohh, indahnya bila bersamamuuuu!!! Hahaha.

Saat yang paling masuk air, aku sedang membantu sahabat ku mencari nama-nama logo kereta untuk satu permainan yang sedang dimainkannya. Dia pula menyuruh aku untuk tidur dan harusku tidur kerana dia suruh. Okay, hati ku sangat gembira. Entah mengapa, ku rasa tak menentu! Hahahaha. Night and morning peeps <3.