BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday

#019


Di saat aku sedang menulis coretan ini, badan ku lemah tidak bermaya. Terasa bahang di seluruh badan ku. Kerana demam yang sedang mendatangi ku. Pada mulanya ku sangka kan kerana cuaca. Kerana mama juga demam sebelum aku. Rupa-rupanya, ini yang dikatakan demam rindu. Mengapa? Sudah berkali-kali dan entah untuk ke berapa kalinya aku memimpikan dirinya.

Di setiap tidur ku, hanya dia. Hingga kan aku menyebut namanya di dalam tidur ku. Juga dengan tidak sengaja aku tersalah sebut namanya setiap kali aku berbicara dengan orang yang lain. Sering kali terbayang dirinya di kala aku sedang termenung. Tangan ku pasti tidak dapat duduk diam kerana mengharapkan call atau SMS dari dirinya. Hebat sungguh penangan rindu ini.

Ingin ku hubunginya dan mendengar suaranya. Mungkin barangkali, dapat mengurangkan rindu yang semakin membara terhadap dirinya. Mungkin kerana setelah apa yang terjadi, aku menganggap aku telah kehilangan dirinya. Kerana aku sendiri yang ingin mengundurkan diri dari hidupnya. Agar dia tidak ditimpa pelbagai lagi masalah pabila dia bersama ku.

Semalam aku menangis. Kerana tidak dapat menahan rasa kesakitan dan panas yang dilanda ku. Entah mengapa, aku memikirkan dia. Mengharapkan dia untuk menghubungi aku. Berharap dia dapat mengurangkan kesakitan yang sedang aku rasakan. Paling tidak, dia menghantarkan SMS. Meskipun cuma sekadar noktah sahaja.

Hari ini, aku menghubunginya. Ingin ku mendengar suaranya. Namun aku matikan telefon ku setelah deringan yang kelima. Kerana aku takut dan tidak tahu untuk berkata apa. Pelik kan aku? Lalu, dia bertanya kan mengapa. Dia meminta aku untuk menghubunginya semula setelah dia bangun dari tidur. Aku menunggu lalu kerana tidak larat, aku tertidur.

Aku terjaga 2 jam selepas dia menghantarkan SMS. Memberitahu ku bahawa dia sudah bangun dari lenanya. Ingin ku hubungi, aku takut. Aku hanya memberitahunya mengapa dan maaf kerana aku kaku dan tidak tahu untuk berkata apa. Aku merinduinya dan tidak pernah aku sebegini rupa. Ini sangat-sangat luar biasa. Tidak pernah aku merasakan perasaan yang begini.

Tidak ku tahu apa harus ku lakukan. Telah ku cuba untuk mendiamkan diri. Telah ku cuba untuk tidak mempedulikan dirinya. Namun, hanya dia yang ku bayang. Hanya dia yang ku sering teringat untuk mendoakan di dalam solat ku. Hanya dia juga yang ku mimpi kan di dalam tidur ku. Serta hanya dia juga yang ku sebut di dalam hari-hari ku.