BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday

#016


Kehadiran mu memberikan aku seribu satu senyuman
Membuka hatiku mencintaimu
Memberikan aku nafas yang baru
Membuatkan aku bersyukur dengan segalanya
Mengingatkan aku siapa diriku ini

Semua kita lalui bersama
Bergelak tawa dan bergurau senda
Berpimpin tangan serta beramah mesra
Kau beri aku senyuman
Aku berikan mu tawa

Namun ada yang dengki
Ada yang tidak puas hati
Ada yang tidak dapat duduk diam
Melihat diriku dan dirimu
Berdua bagai merpati yang seiringan

Memulakan pelbagai sebaran
Menimbulkan pelbagai keraguan
Membuatkan hubungan keretakan
Menjadikan segalanya berantakan
Lalu memutuskan satu perhubungan

Yang tinggal hanya kenangan
Sepasang cincin yang tersemat di jariku dan jarimu
Yang pasti akan ku biarkan ia
Menjadi satu kenangan indah
Kau dan aku

Andai hari esok ada kesempatan buat diriku
Menemui dirimu kembali
Tunggu lah aku
Kerana sehingga kini
Aku akan tetap menantimu

Biar cintaku ini tidak berbalas
Biar sakit ku rasa ini tak tertahan
Biar hatiku berdarah tiada henti
Biar nafas ku terhenti bersama langkahku
Hanya dirimu yang ku nanti

Terima kasih kerana telah ada untuk ku
Terima kasih untuk segalanya
Ini dugaan yang harus ku terima
Kerana semakin hari aku
Semakin mencintai dirimu