BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday

#010

Mendengar sesuatu yang tidak ku sangka akan ku dengari. Mengejutkan aku yang sudah hampir dapat melupakan resah di hati. Menambahkan lagi kesedihan yang sudah ada di dalam diri ini. Melemahkan aku buat seketika yang sedang cuba bangun dan berdiri kembali. Tidak pernah ku menyangka itu yang akan ku terima di saat aku sedang meratapi kesedihan berseorangan di sini. Menangis lagi hati ini. Meronta lagi jiwa ini. Bagai ombak yang bergelora ketika pasangnya. Terpaksa lagi memaksa hati ini agar bertenang kembali. Sabar lah hati. Menahan perih. Ini lah yang telah pun ditakdirkan oleh Nya.

Telah aku sedari, sememangnya aku tidak layak mendampingi dirinya. Seperti kata yang telah tertulis, "Cinta tak harus memiliki". Namun aku akan turut bahagia jikalau dia bahagia. Meskipun bukan bersama ku. Telah ku terimanya sebagai teman sejati ku. Telah mampu ku bersenyum sekiranya itu yang tertulis. Telah mampu ku mendoakan kebahagiaannya sekiranya dia bukan lah jodoh ku. Telah mampu juga aku menahan diri ini sekiranya dia telah mempunyai insan yang lain. Percaya lah pada ku. Kerana itu lah hakikat yang belum diketahuinya.

Menerima panggilan dari sahabat yang sekian lama tidak ku temui. Melegakan hati yang di saat itu sedang menjerit kesakitan. Dia memberikan aku kata-kata yang mengingatkan aku kepada diri aku yang sebenar. Membawa aku kembali ke zaman di mana aku lebih mengenali diri ini. Terima kasih Mohd Firdaus. Aku sudah mampu tersenyum kembali di ketika ini. Tidak pasti senyuman ini akan bertahan untuk berapa lama. Tetapi yang pasti, aku mampu menulis coretan ini dengan hati yang tenang sambil meluahkan apa yang terbuku di dalam hati ku. Melepaskan rasa amarah dan kecewa yang sedang bertanam di hati ini.

Aku, masih belum melelapkan mata ini. Meskipun mata ini meminta itu ditutup, namun aku gagah membukanya kerana aku tidak mahu masalah yang melanda ku bawa ke dalam mimpi. Kerana ianya akan menambahkan lagi rasa perih di hati. Matahari telah terbit menandakan hari menjelang siang. Namun masih lagi aku menulis coretan yang tidak ada kesudahannya. Pintu dibuka menghirup udara yang segar di pagi hari. Hendak ku berdiri menikmati keindahan di pagi hari. Namun ku takut kerana ia tinggi dan aku bakal jatuh ke bumi. Hanya mampu membiarkan angin mendayu-dayu di saat pintu ku dikuak dengan luasnya.

Pada mulanya, ku sangka semua berubah. Namun masih ada perkara yang belum lagi berubah. Meski hati ini gembira kerana perkara itu masih ada, aku masih belum boleh bergembira. Kerana belum tentu perkara itu kekal selama mana yang aku mahu. Aku yang sunyi. Dan akan terus sunyi. Menanti bila masanya tiba. Memang ku ingin kau memandang ku dengan mata hati mu. Namun, biarlah. Hanya masa yang dapat menentukan semua itu. Tidak akan ku meminta apa-apa. Hanya aku biarkan kau yang menentukan.

Seharusnya aku meluahkan apa yang aku rasa di saat ini. Tetapi tidak dapat aku kata kan kerana aku menerima SMS daripadanya. Tidak dapat aku cerita kan kerana menerima panggilan daripada sahabat yang telah lama tidak ku temui. Tidak dapat ku coret kan kerana perasaan gembira sedang menguasai diri ini. Apa yang mampu aku coret kan hanya lah serpihan-serpihan atau sisa-sisa yang tertinggal dan tidak dapat ditutupi sepenuhnya oleh perasaan gembira ku. Aku mampu tersenyum. Dan aku sedang tersenyum. Sambil mengingati dirinya yang mungkin sedang lena dibuai mimpi. Aku gembira namun masih lagi sakit menahan perih.

Sebelum aku mengakhiri coretan ku di pagi hari, ingin ku kata kan bahawa aku akan tetap menantinya. Meskipun aku tidak mungkin dapat memilikinya. Kerana dengan perasaan ini, aku mampu kembali tenang dan berdiri dengan gagahnya menghadapi liku-liku hidup. Meski aku bukan yang telah tertulis untuknya, namun akan ku terus berada di sisinya di saat dia memerlukan aku. Akan ku terus mendampinginya di saat dia memerlukan seseorang untuk mendampinginya. Namun, aku juga akan pergi sekiranya itu kemahuannya. Akan jua ku hilang di pandangannya sekiranya aku tidak diperlukan lagi di sisinya. Walau sebagai teman yang menghiasi harinya.