BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday

#011


Sudah 2 minggu aku tidak melihat dirinya. Sudah juga aku merasa rindu terhadapnya. Namun, aku diam kan sahaja agar dia tidak merasa terbeban dengan perasaan ku yang masih tidak dapat dia terima. Meski aku tahu dia tidak mungkin menerima ku, namun hati ku tetap degil. Degil kerana masih juga mahu menunggu dan terus menunggu. Aku sering bertanya pada hati ku, mengapa dia dan bukan yang lain? Mengapa aku tetap menunggu walau ku tahu itu tidak akan pernah terjadi? Tidak juga ku mendapat sebarang jawapan kerana hati ku cuma diam dan membisu. Jawapan yang diberikan oleh hati ku cuma dia.

Tidak dapat ku berterus-terang padanya setelah apa yang telah terjadi. Tidak mahu ku keruh kan lagi keadaan yang baru sahaja hampir jernih seperti sedia kala. Aku hanya mampu berdoa agar dia selamat di sana. Juga aku berharap dia merasakan seperti apa yang ku rasakan terhadapnya. Rindu, memang rindu. Tapi apakah daya ku? Hendak ku pergi berjumpa dengannya, pasti akan timbul masalah yang melibatkan dirinya. Jika aku terus berdiam, risau aku tidak dapat menahan rasa ini dan sakit seperti dilempari batu ke arah ku. Sedang ku memujuk hati ini agar terus bersabar kerana aku tahu, pasti akan ku temui juga nanti.

Walau dia jauh di mata, aku tetap merasa dia dekat di hati. Kerana hati ku sentiasa ada dirinya dan tidak akan ku hilangnya dia dari hati ku. Teringat kembali saat bersamanya. Teringat kembali gurau-sendanya. Terkenang juga senyumannya. Namun tidak dapat ku tangkis pelukan dan sentuhan manjanya. Jari-jemarinya yang hangat memegang erat tangan ku. Mengucup diriku dengan penuh kasih dan sayangnya. Itu semua kenangan yang tinggal menjadi kenangan. Tidak mungkin kenangan itu berulang kembali kerana aku bukan yang terbaik untuknya. Serta aku bukan lah pilihan hatinya. Aku bahagia jika dia bahagia.

Aku merasa bahagia dengan menyayanginya. Jika dia tidak dapat menerimanya, bunuh lah aku agar hilang lah segala perasaan ku terhadapnya. Tidak akan lagi ada perasaan seperti itu untuk dirinya dari diriku. Hati ini berbicara dan hati ku sering bertanya, adakah mungkin aku dapat mendiamkan sahaja perasaan ini daripadanya? Apa yang pasti, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan dirinya. Buat sang kekasih yang hanya sekadar mimpi di alam fantasi ku, akan ku terus menyayangi mu. Akan ku tetap menunggu hingga akhir hayat ku. Atau, akan ku pergi membawa diri jika kau bertemu dengan yang lain.