BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday

#014



Sudah pasti coretan kali ini adalah mengenainya. Sudah pasti coretan ini mengisahkan tentang aku dan dirinya. Namun sudah pasti jua, ianya adalah mengenai perasaan ku terhadap dirinya hari demi hari. Boleh ku kata kan perasaan ini kian membara. Boleh juga ku kata kan perasaan ini kadang kala ku batas kan. Boleh juga ku kata kan, aku yang memilih dirinya dan menetapkan perasaan ku hanya untuk dirinya. Suka, sayang dan cinta adalah tiga perkara yang berbeza. Jika ku ditanya mana satu kah perasaan ku untuk dirinya, akan ku kata kan ketiga-tiganya, Mengapa? Kerana ketiga-tiganya adalah untuk dirinya.

Aku suka dia kerana dia adalah dirinya. Aku sayangkan dia kerana dia telah berjaya menambat hati ku dengan keperibadiannya. Aku cintakan dia kerana dia mampu membahagiakan aku. Namun jika ditanya dengan lebih mendalam mengapa dirinya, tidak akan mampu ku memberikan sebarang jawapan. Kerana cinta adalah sebuah perasaan yang diberikan oleh tuhan untuk setiap umatnya. Cinta adalah sesuatu yang indah. Cinta diibaratkan pelengkap hidup setiap insan di muka bumi ini. Apa yang pasti, cinta ku untuk dirinya adalah tulus, ikhlas dan sesuatu yang belum pernah aku rasakan sebelum ini.

Kadang kala hati ini sering bertanya, adakah dia gembira bersama ku atau dia terpaksa melayan diriku? Telah banyak perkara yang telah berlaku, telah banyak buah mulut yang terjadi dan telah banyak juga kesalah fahaman yang terjadi disebabkan aku mempunyai perasaan sedemikian rupa terhadap dirinya. Atau adakah aku yang sering memikirkan perkara yang negatif tentang dirinya? Dia tidak pernah berkata apa kepada ku. Tidak pernah dia mengatakan bahagia bersama ku, tidak pernah dia mengatakan dia rimas bersama ku. Dia sering meninggalkan aku tanda tanya di setiap layanannya terhadap diriku.

Dia juga ada mengatakan yang dia menyayangi ku, dan mampu menjaga ku. Tetapi tidak boleh mencintaiku. Tidak ku simpan ia dalam hati kerana aku bersyukur dia masih mampu menyayangi diriku. Cuma aku yang masih tidak mengerti layanannya terhadap diriku. Adakah sebagai seorang adik, teman, teman baik, teman tapi mesra atau seseorang yang teristimewa? Maaf jika aku terlalu berfikiran yang melampaui jangkaan. Tetapi harus ku coret kan kerana aku tidak mahu ianya terus tersimpan di dalam hati ku yang tidak pernah mempunyai ketetapan emosi. Emosi yang bakal mengawal diriku di saat aku tidak dapat mengawalnya.

Sering ku tertanya-tanya setelah dia pulang ke rumahnya. Apakah yang sedang dilakukannya. Apakah dia sihat-sihat sahaja. Apakah dia sudah makan dan minum. Adakah dia memenuhi hari-harinya dengan perkara-perkara yang menggembirakan dirinya. Adakah dia sedang mempunyai masalah. Adakah dia sedang stres. Adakah dia merindui diriku seperti mana aku merindui dirinya. Adakah dia telah berjumpa dengan yang lain. Dan adakah dia telah dimiliki insan yang dapat dicintainya. Aku tahu, aku terlalu banyak berfikir. Aku cuma risaukan dirinya. Aku hanya mampu mendoakan dirinya di sana.

Di pagi hari ini, aku memulakan hari ku dengan diri ku yang baru. Berharap agar semuanya bergerak dengan lancar. Mengikuti arus perjalanan hidup ku sehingga ke akhir hayat ku. Akan ku penuhi hati ini dengan ketenangan dan ketabahan dalam mengharungi hidup sebagai hambaNya di muka bumi ini. Hidup lah aku kerana Nya dan mati lah aku kerana Nya. Amin ya robbal a'lamin.