BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday

#015


Di sini, di bawah kepekatan langit malam, menghayati angin di malam hari. Mencari bintang-bintang yang tidak kelihatan. Memerhatikan suasana di awal pagi hari yang sunyi sepi. Memikirkan beberapa perkara yang bermain di kotak fikiran ku semenjak petang semalam. Cuba untuk tidak memikirkannya namun aku masih tetap tertanya-tanya. Adakah itu benar atau rekaan semata-mata. Aku menyangkakan tidak akan ada lagi sebarang cerita atau kata-kata yang bakal aku dengari setelah aku kembali. Tetapi hatiku masih kuat untuk menghadapi perkara ini.  Kerana ianya sekadar kata-kata yang menyakitkan dan tidak mampu melemahkan diriku.

Aku sangkakan ex aku hanya sekadar berkata-kata bagi menyakitkan hati ku. Tetapi setelah aku bertanya dengan lebih mendalam, dia mengatakan mereka yang berkata sedemikian rupa. Mereka itu adalah mereka yang sering dan rapat dengan diri dia, insan yang aku cintai. Tidak dapat ku memastikan sama ada ianya memang benar atau kata-kata bagi menjauhkan aku dan dirinya. Apakah benar dia tidak tahan dengan diriku lalu pulang ke halaman tanpa berkata apa-apa? Jika benar semua itu, mengapa dia tidak berterus-terang kepada ku? Mengapa membiarkan aku menyangka dia tidak mempunyai perasaan yang sedemikian rupa terhadap ku. Mengapa?

Ingin ku bertanya kan sendiri terhadap dirinya buat kali kedua. Kerana ini adalah kali kedua ex ku berkata sedemikian rupa. Namun yang pertama kalinya dia tidak mengatakan mengapa dia berkata seperti itu. Dan kali ini, dia memberitahu aku mengapa. Serta menceritakan apa yang telah dikatakan oleh mereka mengenai perasaan dirinya terhadap diriku. Jika itu adalah benar, aku pasrah. Aku tidak mampu berbuat apa-apa. Aku serahkan segalanya kepada Tuhan yang maha esa untuk menentukan segala yang telah ditakdirkan oleh Nya. Aku hanya mampu merelakan dirinya bahagia dengan pilihan dirinya sendiri. Akan ku mendoakan dirinya jika hanya itu yang terbaik buat diriku dan dirinya.

Meski aku cinta. Meski aku rindu. Meski aku sayang. Meski aku berharap. Meski aku lemah dengan ketiadaan dirinya, akan ku cuba untuk tabah demi dirinya. Akan ku cuba untuk tersenyum ikhlas agar dia tidak merasa kasihan dan simpati terhadap diriku. Akan ku cuba menerima hakikat bahawa aku dan dirinya bukan yang tertulis di luh mahfuz. Akan ku ikhlaskan pemergian dirinya dari hatiku. Dan akan aku rela melepaskan dirinya agar dia bebas tanpa merasakan perasaan yang telah aku simpankan buat dirinya. Jika itu yang terbaik. Jika itu yang seharusnya. Hanya mampu aku ucapkan terima kasih kerana telah ada bersama ku di saat aku memerlukan dia.