BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday

#017


Bukan ini yang ku harapkan. Bukan ini yang ku impikan. Semuanya menjadi berantakan. Aku hanya mampu mengalirkan air mata yang tidak ku pasti kesudahannya. Tidak ingin semua terjadi seperti ini. Aku, kehilangannya. Kerana perkara yang sama pernah terjadi kepada ku. Dua kelompok yang berbeza, namun satu perbuatan yang sama. Berbeza pada ceritanya. Aku tidak dapat menahan hati ini dari terus berdarah dan berdarah lagi. Apakah malang diriku ini? Apakah aku memang ditakdirkan untuk berseorangan di muka bumi ini? Adakah takdir ku telah tertulis untuk menjadi seperti ini. Apakah yang mereka sebenarnya mahukan dariku?

Ini dugaan yang harus ku terima kerana semakin hari, aku semakin mencintai dirinya. Ini adalah dugaan untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran ku. Sejauh mana kesetiaan cintaku terhadap dirinya. Namun aku masih tidak dapat menerima hakikat bahawa aku semakin hampir kehilangan dirinya. Aku jatuh terduduk di saat aku membaca setiap baris kata-katanya. Meski hatiku lemah dan menangis, aku harus menuruti kemahuannya kerana itu yang dapat menggembirakan hatinya. Aku gembira jika dia gembira. Aku akan menjadi orang yang paling bahagia jika melihat senyuman dan gelak tawanya kerana kegembiraan yang dirasai olehnya.

Maafkan aku kerana telah menganggap dirimu seperti kekasih hatiku. Maafkan aku kerana menimbulkan segala prasangka buruk tentang dirimu. Maafkan aku kerana kau terpaksa mengatakan aku ini adik angkat mu bagi mengelakkan sebarang fitnah tentang dirimu. Maafkan aku kerana telah mengguris hati dan perasaan mu. Maafkan segala kesalahan ku dari yang kecil hingga ke besar. Meski aku tidak mampu untuk mengubah waktu agar semuanya kembali seperti sedia kala, namun akan ku membersihkan nama mu dari segala kata-kata yang tidak menyenangkan dirimu. Akan ku lakukan apa sahaja untukmu. Walaupun keinginan mu untuk aku pergi dari hidup mu.