Kesedihan melanda diri ini. Disaat aku menyangka mereka sedang membantu ku. Kesilapan ku kerana terlalu mempercayai mereka. Mereka menghina ku. Bukan membawa ku ke jalan yang aku impikan. Kebodohan aku melakukan sesuatu tanpa berfikir. Kegilaan aku membawa hati yang lara dengan membohongi mereka. Memberi aku sedikit ruang untuk menghirup oksigen yang tulen. Kerana baru ku sedari, selama ini ku menghirup oksigen buatan mereka yang membuatkan aku lebih perih menghadapi semua ini.
Aku menyangka, si dia mengerti akan diri ini. Malangnya, aku tersilap. Maafkan aku kerana bersikap sedemikian rupa. Aku tidak mampu menjadi diri aku di kalangan mereka. Jika hanya kau dan aku, kau akan lebih mengenali diri ini. Sesungguhnya aku seorang hipokrit. Lain di saat bersama mu, lain tatkala bersama mereka. Bukan sengaja ku menjadi sebegitu. Kepura-puraan yang aku mulakan hanya untuk mereka nampak keceriaan aku ketika bersama bergelak-tawa. Maaf jika itu membuatkan mu merasa sungguh rimas dan terseksa. Bukan niat ku atau mahu ku. Cuma ku ingin kan diri ini untuk dikenali dengan sedalam-dalamnya.
Ingin ku nyatakan di sini, aku bukan lah diri aku yang sebenar di saat ini. Hanya ada seorang yang mengenali aku yang tahu kelibat ku dan kelakuan aku yang sebenar. Aku memerlukan masa untuk kembali menjadi diri aku. Di mana, diri itu lah yang disenangi ramai dan di ingati sepanjang masa. Bukan niat mahu memuji diri sendiri, tetapi itu lah kebenaran. Seandainya sahaja dia membaca coretan ku ini, pasti dia akan lebih memahami mengapa aku sedemikian rupa.
Persoalan yang timbul di ketika ini. Di sangka mengejar-ngejar dia yang telah mula aku sayangi. Maafkan aku. Kerana sikap keanak-anakkan ku, kau dan mereka menyangka aku terus mengejar-ngejar mu. Biar aku perbetulkannya di sini. Telah ku terima dirinya dan keputusannya seadanya. Telah ku tahan hati ini untuk tidak memaksanya. Bahkan perasaan ku ini ku tanam agar dapat berbunga di saat dia memberikan ku kesempatan walau perkara itu belum pasti dan kemungkinan tidak akan terjadi. Atau adakah mungkin dia inginkan aku pergi dari kehidupannya agar dia merasa lebih tenang?
Seandainya itu kemahuan mu, katakan lah kepada ku. Meski perkara itu membunuh ku namun ia tidak sesakit kau berpura-pura menyenangi diriku. Mampu ku terima segala tomahan dan cacian dari diri mu. Mampu ku merasa kata-kata yang umpama pisau menikam hatiku yang baru sembuh kerana luka yang lama. Tetapi tidak mampu ku tahan perih hati di saat kau berpura-pura hanya kerana simpati dan mengasihani aku. Salah aku terlalu berharap. Namun itu keputusan ku.
Pernah kau katakan kepada ku berikan mu masa. Kerana itu yang kau mahu. Dan kerana itu aku masih menanti. Keinginan ku untuk terus menanti dan menanti. Aku tidak berharap untuk memiliki mu atas dasar kepentingan ku. Tapi aku ingin memiliki mu kerana kau ikhlas memberikan aku hati mu. Akan ku hentikan pengharapan ku ini jika kau telah dimiliki oleh insan yang telah kau pilih. Akan ku terima dengan hati yang terbuka kerana aku bahagia jika kau bahagia.
Akhir kata yang aku pasti bukan pengakhiran. Ianya permulaan atas segala kesalah fahaman. Sebulan kita bersama, sebulan kau memerhatikan aku, sebulan kau melayan kerenah ku. Seharusnya kau tahu aku sering berubah-ubah watak. tidak ada yang kekal. Kadang-kala sedih, bahkan ceria, tiba-tiba duka, datang gila, mula hyper, bertukar sebak, terus menyendiri, diam membisu, berfikir tentang kepura-puraan, dan terus menjadi hipokrit. Cuba pula kau bandingkan di saat kita berdua, cara percakapan ku, cara pandangan ku, cara pemberian ku. Dapatkah kau mengerti atau kau masih dengan pendapat yang sama?
Sekali lagi, maafkan aku. Jika keinginan mu untuk aku pergi, akan ku pergi membawa diri. Aku bukanlah yang terbaik untuk dirimu. Aku bukanlah insan yang sempurna untuk kau sayangi. Aku bukanlah yang tercantik untuk kau selalu tatapi. Aku bukanlah selembut seperti yang kau idamkan. Dan aku bukanlah yang bakal membuatkan kau bahagia. Kerana bukan diriku yang di pilih oleh mu. Aku redha dengan segala ketentuan-Nya. Last word, I'm really appreciate you guys. I love you guys but yet, I need to go. For everybody sake and happiness.
Tuesday
#007
Posted by ZahirahZulkifflee at 1:51 AM


