BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday

#012



Sedang lena di buai mimpi. Entah mengapa kau hadir di dalam lena ku. Aku terjaga. Mungkin kerana aku terfikirkan mu sebelum aku tidur. Lalu aku kembali beradu. Sekali lagi, engkau hadir dengan senyuman. Tidak ku mengerti. Barang kali, kerana aku terlalu merindui dirimu. Aku lena kan kembali diri ku. Buat kali ketiganya, kau datang dan memberikan aku kucupan. Terus ku terjaga. Dan tidak mampu ku untuk kembali merehatkan mata ku. Kerana tiga kali kau hadir di dalam tidur ku. Tidak ku mengerti. Adakah itu tandanya aku bakal kehilangan mu buat selama-lamanya? Adakah itu petanda bahawa diriku tidak lagi diperlukan oleh mu?

Mungkin benar, bahawa aku terlalu merindui dirimu. Tidak dapat ku nafikan perkara itu. Namun aku hanya mampu menyemaikan ia jauh ke dalam hati. Kerana aku tidak mahu dia merasakan aku terlalu mendesak untuk bersamanya. Kerana itu bukan yang sebenarnya. Aku cuma mahu dia bahagia walau bukan bersama ku. Sesungguhnya, kerana aku begitu menyayanginya, aku mampu melalukan semua itu. Jika dia bukan ditakdirkan untuk ku, maka aku redha menerimanya. Aku merelakan diriku untuk melepaskan dia pergi dari hati ku. Menghilangkan dirinya yang sentiasa berada di dalam hati ku. Memberi ruang buat insan yang akan ditakdirkan untuk ku.

Ku cuba menghubungi mu. Namun tidak terjawab. Tidak ku berasa hampa. Namun ku berasa lega. Kerana aku juga sebenarnya tidak tahu hendak berkata apa sekiranya dia menjawab panggilan ku. Walau hati ku ada sedikit rasa kecewa kerana tidak dapat mendengar suaranya, tidak ku simpan ia dalam hati. Akan ku sentiasa mendoakan dirinya agar dia berasa tenang, selamat dan dilindungi oleh Nya di sana. Biar jauh beribu batu, tidak menghalang ku untuk terus mendoakan dirinnya dan kebahagiaannya. Ku berharap, dapat ku kesana untuk menemui dirinya meski pun hanya untuk seketika. Ku berharap pada sesuatu yang tak pasti.